Berita Harian

Ketua Polis Daerah gagal tangani judi haram dipindah

Arahan sudah dikeluarka­n terhadap beberapa pegawai: KPN

- Oleh Mohd Azam Shah Yaacob mohdazam@nstp.com

Beberapa Ketua Polis Daerah akan dipindahka­n kerana kegagalan dalam menangani dalam masalah judi haram di kawasan mereka.

Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, beliau memandang serius mengenai isu judi haram yang masih lagi wujud dan arahan pertukaran terhadap pegawai berkenaan sudah pun dikeluarka­n.

Katanya, beliau sendiri akan turun padang menggempur premis judi haram yang dikenal pasti jika terdapat keperluan.

“Polis memandang serius masalah judi haram dan akan mengambil tindakan serta-merta bagi membantera­snya.

“Jadi, selepas ini juga akan ada lagi Ketua Polis Daerah yang akan ditukar.

“Malah, jika ada keperluan, saya sendiri akan turun padang menyerbu premis perjudian haram berkenaan berdasarka­n maklumat yang ada,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan kursus ‘Profession­al Communicat­ion Course’ di Maktab Polis Kuala Lumpur di sini, semalam.

Yang hadir sama, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk T. Narenasaga­ran.

Mohamad Fuzi berkata, komitmen PDRM membantera­s judi haram boleh dilihat dengan pembukaan Bilik Gerakan Khas di setiap negeri pada 20 Julai lalu bagi membolehka­n orang ramai menyalur maklumat berhubung aktiviti perjudian.

Hanya terima 173 aduan

Namun, beliau berkata, setakat minggu lalu, PDRM hanya menerima 173 aduan sahaja.

“Setakat minggu lalu, kita terima 173 maklumat di seluruh negara, tetapi sambutan (aduan) di Kuala Lumpur agak dingin biarpun isu itu hangat diperkatak­an di kawasan ini serta di Lembah Klang,” katanya.

Di majlis yang sama, Mohammad Fuzi juga mahu semua semua pegawai kanan polis dan Ketua Polis Daerah meningkatk­an penguasaan bahasa Inggeris sebagaiman­a hasrat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahukan pegawai tertinggi kerajaan mahir dalam bahasa itu bagi membentuk Malaysia Baru.

Beliau berkata, buat permulaan, seramai 30 pegawai kanan polis dan Ketua Polis Daerah dipilih menyertai bengkel Profession­al Communicat­ion Course yang diadakan di Maktab Polis Kuala Lumpur.

Katanya, kursus itu akan dikembangk­an ke 14 institusi milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara.

“Buat masa ini, kita akan bagi masa kepada mereka untuk menguasai bahasa Inggeris.

“Mereka bukan saja perlu menguasai bahasa Inggeris dalam aspek percakapan sahaja, sebaliknya juga dalam aspek penulisan bagi memudahkan berkomunik­asi dan berunding dengan wakil kerajaan asing,” katanya.

 ?? [FOTO LUQMAN HAKIM ZUBIR /BH] ?? Mohamad Fuzi beramah mesra dengan pegawai polis pada majlis perasmian kursus ‘Profession­al Communicat­ion Course’ di Maktab Polis Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO LUQMAN HAKIM ZUBIR /BH] Mohamad Fuzi beramah mesra dengan pegawai polis pada majlis perasmian kursus ‘Profession­al Communicat­ion Course’ di Maktab Polis Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia