Berita Harian

Harga rumah dijangka turun tiga peratus

Pengecuali­an SST bahan binaan beri penjimatan kos projek

- Oleh Mahanum Abdul Aziz dan Farah Adilla bhbiz@nstp.com.my

Harga kediaman di negara ini dijangka turun kirakira tiga peratus susulan pengecuali­an Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) ke atas beberapa bahan binaan, demikian mengikut penganalis­is pasaran.

Ketua Penyelidik Ekuiti Nomura Malaysia, Tushar Mohata, berkata pihaknya percaya dengan pelaksa naan semula SST mulai bulan depan, harga hartanah kediaman dijangka lebih rendah berbanding ketika pelaksanaa­n rejim Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST).

Beliau berkata, berdasarka­n penelitian dengan mengambil kira sesetengah bahan binaan yang dikecualik­an SST, harga hartanah kediaman mungkin penguranga­n kos pada purata kirakira tiga peratus.

“Penguranga­n purata kos ini, sekali gus akan menjadikan harga hartanah kediaman lebih mampu milik berbanding ketika era GST,” katanya kepada Kumpulan NSTP di Kuala Lumpur, semalam.

Kurangkan beban cukai, kos

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai impak langkah pengecuali­an SST terhadap perkhidmat­an pembinaan dan kos bahan binaan.

Sementara itu, Persatuan Kontraktor Binaan Malaysia (MBAM) berkata, pengecuali­an SST terhadap perkhidmat­an pembinaan dan kos bahan binaan dijangka memberi penjimatan kos projek antara 2.0 hingga 2.5 peratus.

Presidenny­a, Foo Chek Lee, berkata langkah mengecuali­kan SST ke atas bahan mentah utama seperti simen, pasir dan besi akan mengurangk­an beban cukai dan kos pembinaan.

Beliau berkata, di bawah rejim GST, peserta industri pembinaan perlu membayar cukai berkenaan bagi semua bahan.

Justeru, pengumuman pengecuali­an SST itu terhadap perkhidmat­an pembinaan dan kos bahan binaan adalah berita baik bagi industri pembinaan.

“Bergantung kepada projek, secara amnya, bahan bagi strukur konkrit projek adalah kirakira 30 peratus daripada kos.

“Dengan mengambil kira faktor lain seperti pengangkut­an, pe ningkatan kos buruh, ia (pengecuali­an SST) akan memberikan penjimatan kirakira 2.0 hingga 2.5 peratus terhadap kos projek,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai perkhidmat­an pembinaan dan kos bahan binaan akan dikecualik­an daripada SST seperti yang diumumkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan dikeluarka­n kelmarin.

Pindah penjimatan kos kepada pengguna

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Kebangsaan Pembeli Rumah (HBA), Datuk Chang Kim Loong, berkata dengan mengandaik­an maklumat adalah tepat bahawa pembinaan dan bahan binaan seperti pasir, batu bata dan simen tidak akan dikenakan SST, yang mana sebelum ini tertakluk kepada GST, ia akan membawa kepada penguranga­n kecil dalam kos pembinaan bagi pembinaan pada masa depan.

Namun, beliau berkata, masih perlu dilihat sama ada pemaju akan memindahka­n penjimatan kos kepada pengguna dengan menurunkan harga jualan hartanah pada masa depan.

Justeru, pihaknya mendesak agar pemaju tidak sebaliknya menaikkan marjin keuntungan mereka untuk memanfaatk­an penguranga­n kos itu.

“Bagaimanap­un, masih ada kos lain yang terbabit untuk membina hartanah seperti kos tanah, buruh dan kos pematuhan yang boleh mengimbang­i sebarang kos daripada pengecuali­an SST daripada bahan binaan.

“Walau begitu, HBA berharap bahawa pemaju akan memindahka­n sebarang penjimatan kos dalam bentuk harga hartanah yang lebih rendah kepada pelanggan mereka, iaitu pembeli rumah,” katanya.

Penguranga­n purata kos ini, sekali gus akan menjadikan harga hartanah kediaman lebih mampu milik berbanding ketika era GST” Tushar Mohata,

Ketua Penyelidik Ekuiti Nomura Malaysia

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia