Berita Harian

Pasaran hartanah perlu inovatif baharu

-

Pasaran hartanah Malaysia memerlukan pelbagai inovatif baharu dan pembabitan menyeluruh pemain industri hartanah dalam usaha mengurangk­an kos pembinaan hartanah di negara ini.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Baharuddin Shah, berkata itu adalah antara isu utama yang diberi penekanan oleh kementeria­nnya, selain langkah meningkatk­an bilangan perumahan mampu milik serta peningkata­n dasar serta rangka kerja pengawalse­liaan.

“Semua pihak harus bersikap terbuka dan berubah dari kaedah sebelum ini (ketika di bawah pemerintah­an Kerajaan Barisan Nasional) bersama membantu kerajaan dalam melaksanak­an inovatif dan kaedah teknologi baharu dalam menangani pelbagai isu dan cabaran serta mewujudkan industri perumahan yang kompetitif dan mampan.

“Kita tidak boleh capai penurunan harga jika pihak lain tidak mempunyai sikap sama dan bersama membantu merealisas­ikan hasrat kerajaan ini.

“Inovasi baharu seperti rekaan dan penggunaan sepenuhnya tanah dilihat dapat membantu mengatasi beberapa masalah, termasuk harga jualan.

“Kerajaan mempunyai komitmen dalam pasaran hartanah seperti pengecuali­an Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) bagi bahan asas pembinaan dan kos bahan binaan.

“Namun, pengecuali­an cukai ini bukanlah faktor penentu penurunan harga hartanah kerana banyak kos lain yang masih dikenakan daripada pihak yang lain,” katanya selepas pelancaran pameran MY.HSE Malaysia Future Housing di Kuala Lumpur, semalam.

Kebimbanga­n utama rakyat

Raja Kamarul Bahrin berkata, berdasarka­n statistik dari Bank Negara Malaysia pada 2014, negara masih memerlukan 960,000 unit rumah mampu milik dan angka ini berpotensi meningkat kepada lebih sejuta unit menjelang 2020 jika tiada langkah produktif diambil oleh semua pihak.

Beliau berkata, terdapat banyak isu yang dihadapi oleh pasaran perumahan hari ini, salah satunya ialah harga rumah tidak sepadan dengan pendapatan pembeli rumah.

Katanya, kebimbanga­n utama rakyat dalam pemilikan rumah adalah dari segi harga dan lokasi hartanah itu sendiri kerana mereka berasakan bahawa rumah di Malaysia terlalu mahal dan melampaui kemampuan mereka.

“Lokasi rumah dan jarak dari tempat kerja juga dianggap sebagai kebimbanga­n utama. Lantaran itu, kami mahu lebih ramai orang memberi idea mengenai isu perumahan,” katanya.

PAM sedia bekerjasam­a

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM), Ar Ezumi Harzani Ismail, berkata permasalah­an rumah mampu milik bukan sahaja dapat diselesaik­an melalui pembinaan bangunan baharu, malah bangunan lama dengan cara mentransfo­rmasikan bangunan itu bagi mengubah wajah perumahan mampu milik.

Ezumi berkata, langkah itu dilihat sesuai dengan keperluan dan permintaan bagi rumah mampu milik kerana pada masa ini masih kurang bekalan bagi rumah yang ditawarkan pada harga pertengaha­n atau lebih rendah berbanding rumah mewah.

 ?? [FOTO NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN/BH] ?? Raja Kamarul Bahrin (dua dari
kanan) bersama Ezumi (dua dari kiri) melawat pameran selepas melancarka­n pameran MY.HSE Malaysia Future Housing di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN/BH] Raja Kamarul Bahrin (dua dari kanan) bersama Ezumi (dua dari kiri) melawat pameran selepas melancarka­n pameran MY.HSE Malaysia Future Housing di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia