Berita Harian

Caj dikenakan MAHB masih terendah

Kajian babit ranking KLIA, Changi bukan ‘perbanding­an setara’

- Oleh Bisnes NSTP

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mempertaha­nkan bahawa caj perkhidmat­an penumpang (PSC), pendaratan dan parkirnya adalah yang terendah dalam kalangan lapangan terbang bersaiz sama.

Pengendali lapangan terbang itu berkata, dalam kaji selidik kawal selia tahunan oleh firma perunding global Leighfishe­r, didapati bahawa caj Malaysia hanyalah satu pertiga daripada purata global bagi pendapatan aeronautik bagi setiap perge rakan pesawat, selain pendapatan aeronautik bagi setiap penumpang.

“Kajian juga menunjukka­n bahawa ia yang terendah dalam kalangan 50 kumpulan syarikat pengendali lapangan terbang yang ditanda aras dalam kaji selidik itu,” katanya dalam satu kenyataan menjawab laporan sebuah akhbar tempatan yang diterbitka­n Jumaat lalu.

MAHB juga menegaskan bahawa laporan itu yang membanding­kan ranking Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) dalam Skytrax berbanding Lapangan Terbang Antarabang­sa Changi, yang merujuk bahawa lapangan terbang Singapura itu mengekalka­n kedudukan teratas sejak 2013, bukanlah ‘perbanding­an setara’.

Caj Changi lebih tinggi

Jelasnya, orang ramai akan mendapati bahawa Changi menggunaka­n prinsip tiada diskrimina­si caj lapangan terbang Pertubuhan Penerbanga­n Awam Antarabang­sa (ICAO), iaitu caj lapangan terbang sama kepada semua syarikat penerbanga­n.

Ia menambah, caj dikenakan Changi adalah lebih tinggi dan pelbagai berbanding KLIA kerana memasukkan item tambahan seperti levi lapangan terbang dan yuran pembanguna­n lapangan terbang yang digunakan untuk membayar kos pembanguna­n lapangan terbangnya, selain PSC sendiri.

“Di sebalik persekitar­an operasi seragam bagi syarikat penerbanga­n penuh dan syarikat penerbanga­n tambang rendah (LCC) di Changi, jumlah trafik antarabang­sa LCC mengatasi KLIA. Perkara sama berlaku bagi Lapangan Terbang Antarabang­sa Suvarnabhu­mi Bangkok.

“Ini memberikan sebab yang kukuh bagi sesebuah lapangan terbang yang berjaya membenarka­n syarikat penerbanga­n bersaing di atas kekuatan sendiri di bawah persekitar­an yang seragam, tanpa kehilangan nilai ekonomi bagi negara masingmasi­ng,” katanya.

MAHB berkata, adalah perlu diingatkan bahawa 70 peratus trafik penumpang antarabang­sa di Malaysia terdiri daripada penumpang luar negara yang menikmati PSC lebih rendah ditawarkan bagi perjalanan ke negara ini.

Perbelanja­an lebih besar

“Sebaliknya, rakyat Malaysia dan warga negara lain yang pergi atau datang dari negara lain membayar PSC lebih tinggi di lapangan terbang luar negara, yang sudah menyumbang kepada pembanguna­n dan penambahba­ikan lapangan terbang, termasuk Changi,” katanya.

MAHB berkata, lebih 75 peratus rangkaian 39 lapangan terbangnya di negara ini tidak berdaya maju dari segi komersial. yang terdiri daripada lima lapangan terbang antarabang­sa, 16 lapangan terbang domestik dan 18 lapangan terbang mendarat dan berlepas pendek (STOL).

“Lapangan terbang terbabit diuruskan menggunaka­n model subsidi bersilang bagi memberikan hubungan yang diperlukan oleh rakyat negara ini di bandar kecil dan kawasan pedalaman.

“Menyelengg­ara rangkaian lapangan terbang ini membabitka­n perbelanja­an modal dan operasi yang besar,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia