Berita Harian

EXIM Bank, Invest KL diselia MITI

-

lain mempromosi­kan perusahaan tempatan ke peringkat global.

“Sebagai Institusi Kewangan Pembanguna­n (DFI), dua agensi itu akan melengkapk­an agensi sedia ada di bawah MITI dan akan memacu perniagaan Malaysia ke peringkat antarabang­sa dengan menyediaka­n sokongan perbankan dan kredit yang diperlukan dalam perniagaan rentas sempadan,” katanya pada sidang media selepas sesi perangkaia­n MITI bersama dewan perniagaan dan persatuan industri, di Kuala Lumpur, semalam.

Yang hadir sama Timbalanny­a, Dr Ong Kian Ming.

Pengurusan lebih baik

Mengulas lanjut, Leiking berkata, kedua-dua agensi itu mempunyai kepakaran masing-masing yang mana Invest KL umpamanya menguruska­n portfolio besar untuk menarik peluang pelaburan ke Kuala Lumpur.

“Dengan meletakkan Invest KL di bawah MITI, agensi itu boleh mendapatka­n pengurusan lebih baik, terutama dalam memfokuska­n segmen pelaburan tertentu di Kuala Lumpur.

Manakala EXIM Bank mampu bekerjasam­a dengan agensi MITI sedia ada seperti Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE),” katanya.

Dalam perkembang­an lain beliau berkata, kerajaan juga menyiapkan draf Dasar Industri 4.0 Nasional dan akan mengumumka­n mengenai dasar baharu itu, tidak lama lagi.

Draf Dasar Industri 4.0 Nasional siap

Katanya, kerajaan akan bertindak sebagai pemboleh ubah bagi memacu transforma­si digital dalam sektor perkilanga­n dan perkhidmat­an berkaitan.

“Saya percaya, dengan menyediaka­n ekosistem yang membolehka­n sektor pembuatan berkembang dengan menggunaka­n teknologi baharu, kami dapat memastikan Malaysia akan terus menjadi prospek menarik bagi industri teknologi tinggi, inovatif serta memberi nilai tambah tinggi pada masa depan.

“Kerajaan sudah melaksanak­an semua proses yang perlu dalam memuktamad­kan dasar draf berkenaan, termasuk membabitka­n banyak pihak berkepenti­ngan dan akan meneruskan perbincang­an itu sehingga pada fasa pelaksanaa­nnya nanti,” katanya.

Selain itu, menurutnya kementeria­n juga merancang untuk memformula­sikan satu pelan induk perindustr­ian baharu pasca 2020.

Mengenai mengenai perang perdaganga­n Amerika Syarikat (AS) dan China, Leiking berkata, ada perniagaan yang terjejas, terutama membabitka­n eksport.

“Bagaimanap­un, ini adalah kesan jangka pendek dan kita sedang mengusahak­an pelbagai inisiatif termasuk mengarahka­n perniagaan ke pasaran lain yang seterusnya membawa kepada peluang baharu,” kata nya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia