Berita Harian

PETRONAS beli 30 peratus kepentinga­n blok minyak Senegal

-

PETRONAS menerusi anak syarikatny­a, PC Senegal Ltd memeterai perjanjian pajakan bersama TOTAL E&P Senegal SAS, sebuah anak syarikat TOTAL, untuk mengambil alih 30 peratus kepentinga­n penyertaan dalam blok Rufisque Offshore Profond, sekali gus menandakan penyertaan­nya ke pasaran Senegal.

Dalam satu kenyataan, syarikat minyak dan gas negara itu menjelaska­n bahawa TOTAL akan mengekalka­n peranan sebagai pengendali dengan ekuiti 60 peratus bersama Sociètè Nationale des Pètroles du Sènègal (PETROSEN), yang memegang baki 10 peratus lagi kepentinga­n.

Blok Rufisque Offshore Profond meliputi kawasan seluas 10,357 kilometer persegi, luar pesisir Senegal dengan kedalaman air dari 100 meter ke 3,000 meter.

Perjanjian pajakan

“Ia terletak di sekitar kawasan penemuan blok minyak dan gas yang penting baru-baru ini iaitu St Louis Profond dan Cayar Profond dan Rusfique Sangomar Offshore Deep (RSSD).

“Sebaik penafsiran data seismik 3D yang diperoleh selesai dan prospek dikenal pasti serta dinilai, aktiviti penggerudi­an penerokaan akan bermula di blok Rufisque Offshore Profond pada 2019,” katanya.

Perjanjian pajakan ini sejajar dengan strategi Huluan PETRONAS bagi mengembang­kan portfolio penerokaan­nya di Afrika Barat, yang mana ia adalah pengendali blok perairan dalam di Gabon dan ketika ini sedang meninjau untuk meneroka lebih meluas di rantau itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia