Berita Harian

Semakan semula projek tak jejas dagangan China-malaysia

-

Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE) menjangkak­an semakan semula ke atas beberapa projek yang dikaitkan dengan perusahaan milik Kerajaan China tidak akan menjejaska­n hubungan perdaganga­n dua hala antara keduadua negara.

Pengarah Kanan Promosi Eksport dan Capaian Pasarannya, Mohd Mustafa Abdul Aziz, berkata pihaknya percaya isu berkaitan akan ditangani oleh kerajaan pada peringkat politik.

“Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sudah beberapa kali menegaskan bahawa China adalah rakan dagangan yang amat penting bagi Malaysia,“katanya pada sidang media sempena taklimat Ekspo China ASEAN (CAEXPO 2018) di Kuala Lumpur, semalam.

Mohd Mustafa berkata, pihaknya yakin Malaysia akan terus merekodkan pertumbuha­n eksport yang positif bagi separuh kedua tahun ini.

“Jumlah dagangan ke China bagi separuh pertama tahun ini meningkat 7.1 peratus kepada RM149.18 juta berbanding RM139.32 juta pada tempoh sama 2017.

“Jika melihat kepada trend menaik untuk jumlah dagangan antara Malaysia dan China dari 2013, kami percaya jumlah dagangan 2018 juga mencatatka­n peningkata­n dan disebabkan itu kami akan lebih agresif menggalakk­an eksport ke negara yang lebih berpotensi terutama China,” katanya.

Sasaran CAEXPO 2018

Mengenai CAEXPO 2018, Mohd Mustafa berkata, MATRADE yakin untuk mencapai RM450 juta jualan pada ekspo yang akan diadakan bulan depan itu berbanding RM405.5 juta yang direkodkan pada ekspo tahun lalu.

Beliau berkata, pihaknya optimis jumlah itu dapat dicapai berikutan permintaan kukuh terhadap produk dan perkhidmat­an Malaysia dari China, dan terdapat 174 syarikat yang mengambil bahagian membabitka­n sebanyak 180 tapak pameran sempena CAEXPO 2018.

“Kami menerima permohonan yang sangat menggalakk­an daripada syarikat tempatan, yang mana 330 syarikat memohon dan hanya 174 syarikat dipilih berikutan ruang pameran yang terhad.

“Malah, 103 syarikat terbabit adalah penyertaan kali pertama dalam CAEXPO 2018 yang membabitka­n industri pelanconga­n kesihatan, makanan dan minuman (F&B) serta gaya hidup dan perkhidmat­an.

“Kami perlu lebih agresif dalam mempromosi­kan eksport Malaysia ke China kerana negara itu adalah rakan dagang yang terbesar sejak 2009,” katanya.

CAEXPO 2018 akan berlangsun­g bermula 12 hingga 15 September ini di Pusat Pameran Dan Konvensyen Antarabang­sa Nanning, Wilayah Guangxi, China.

Selain sektor swasta, CAEXPO 2018 menyaksika­n penyertaan daripada agensi kerajaan dan persatuan perniagaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia