Berita Harian

Kesedaran keselamata­n elektrik masyarakat kita rendah

-

Kangar: Kesedaran masyarakat berhubung keselamata­n elektrik di negara ini berada pada tahap yang masih rendah.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis, Timbalan Penguasa Bomba Hasbullah Mohd Isa, berkata ramai yang tidak sedar bahawa tubuh manusia sebenarnya adalah konduktor elektrik.

Beliau berkata, disebabkan tubuh manusia konduktor yang baik, maka mudah berlakunya pengaliran arus elektrik yang akhirnya mengakibat­kan kecederaan disebabkan renjatan.

“Selain berlaku kecederaan dan juga komplikasi kepada kesihatan, renjatan juga boleh menyebabka­n kematian. “Perkara ini nampak mudah dan remeh, tetapi kesedaran mengenai keselamata­n elektrik perlu diambil kira bagi memastikan kehidupan kita berjalan dengan baik dan sem purna,” katanya.

Penyumbang kebakaran

Encik Hasbullah berkata, selain itu, orang ramai termasuk pelajar juga harus prihatin terhadap penggunaan barangan elektrik di rumah yang menjadi penyumbang kepada berlakunya kebakaran.

Katanya, kebanyakan kebakaran elektrik berpunca daripada penggunaan perkakas elektrik yang rosak dan lama serta kebiasaann­ya berlaku pada kabel sambungan antara perkakas dan bekalan elektrik.

“Malah, penyalahgu­naan penambahan pendawaian juga menjadi antara punca berlakunya kebakaran dan dibiarkan tersambung pada suatu tempoh yang lama.

“Wayar sambungan berkenaan hanya sesuai untuk digunakan pada alatalat elektrik yang bervoltan rendah sahaja dan elakkan daripada digunakan pada peralatan utama seperti peti ais,” katanya.

 ??  ?? Encik Hasbullah Mohd Isa
Encik Hasbullah Mohd Isa

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia