Berita Harian

Muamalat Beyond sasar deposit RM40J

Bank ajak bukan Islam turut sertai perbankan premier Islamik ditawarkan

- Oleh Hazwan Faisal Mohamad

Bank Muamalat Malaysia Bhd menyasarka­n untuk menarik 250 pelanggan menyertai perbankan premier Islamiknya yang baharu, Muamalat Beyond menjelang tahun kewangan berakhir Mac tahun depan.

Segmen perbankan yang julung kali ditawarkan oleh Bank Muamalat yang juga institusi kewangan Islamik tempatan sepenuhnya itu menyasar untuk mengumpul deposit sebanyak RM40 juta sehingga akhir Mac 2019.

Naib Presiden/ketua Pengurusan Kekayaan dan Perbankan Mewahnya, Sarimah Bashah, berkata sejak diperkenal­kan pada 15 Mei lalu, pelanggan Muamalat Beyond sudah mencecah 25 orang dengan jumlah deposit terkumpul sebanyak RM10.9 juta.

Katanya, jumlah golongan berada dalam kalangan orang Islam yang semakin meningkat ketika ini adalah tumpuan utama perkhidmat­an perbankan premier itu, namun pihaknya juga menyasarka­n semua pelanggan lain, termasuk bukan Islam yang mahukan perkhidmat­an kewangan beretika ditawarkan bank berkenaan.

Cawangan baharu

Mengenai penambahan cawangan baharu Muamalat Beyond, Sarimah berkata, tiada perancanga­n sedemikian dalam masa terdekat memandangk­an cawangan pertama ini baru sahaja dibuka.

“Cadangan untuk membuka cawangan perbankan premier yang lain memang sudah ada dalam perancanga­n, namun ia banyak bergantung kepada kejayaan kami mencapai sasaran ditetapkan sehingga akhir Mac tahun depan,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran perkhidmat­an perbankan premiernya di Kuala Lumpur, semalam.

Pelancaran Perbankan Premier Muamalat Beyond disempurna­kan oleh Pengerusin­ya, Tan Sri Dr Mohd Munir Abdul Majid bersama selebriti terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin.

Yang hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid.

Peningkata­n bilangan jutawan

Mengulas lanjut Sarimah berkata, Muamalat Beyond dijangka akan menyumbang 22 peratus kepada pendapatan bersih segmen pengurusan kekayaaan bank itu secara keseluruha­n bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2019.

Terdahulu, Mohd Munir dalam ucapan perasmiann­ya berkata, penubuhan perbankan premier Islamik pertama Bank Muamalat dilaksanak­an selepas melihat trend peningkata­n bilangan juta wan di Malaysia, termasuk dalam kalangan orang Islam.

“Menurut Laporan Kekayaan Knight Frank 2017, jumlah rakyat Malaysia yang memiliki kekayaan lebih AS$1 juta meningkat hampir sekali ganda dari 2006 ke 2016 kepada 43,000 orang dengan separuh daripadany­a tinggal di Kuala Lumpur,” katanya.

“Selain itu, menurut kajian itu lagi, jumlah jutawan ini diunjurkan meningkat kepada 73,000 orang menjelang 2026. Selain itu, terdapat kajian lain yang menunjukka­n bilangan golongan berada yang mahukan penyelesai­an kewangan yang patuh shariah dan beretika akan meningkat pada masa depan.

“Justeru, Bank Muamalat percaya mampu memenuhi pasaran khusus ini yang mencari elemen berbeza berbanding dengan apa yang ditawarkan ketika ini menerusi pengenalan perkhidmat­an perbankan premier Islamik kami,” katanya.

 ?? [FOTO SYARAFIQ ABD SAMAD/BH] ?? Mohd Munir (dua dari kiri) bersama Siti Nurhaliza (dua dari kanan) pada majlis pelancaran perkhidmat­an perbankan premier Muamalat Beyond di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO SYARAFIQ ABD SAMAD/BH] Mohd Munir (dua dari kiri) bersama Siti Nurhaliza (dua dari kanan) pada majlis pelancaran perkhidmat­an perbankan premier Muamalat Beyond di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia