Berita Harian

150 syarikat pamer teknologi maju di CEPSI 2018

-

150 syarikat akan mempamerka­n teknologi terkini, produk dan perkhidmat­an mereka pada Persidanga­n Industri Bekalan Tenaga Elektrik 2018 (CEPSI 2018) kali ke22 yang bakal berlangsun­g bulan depan.

CEPSI 2018 adalah persidanga­n dan pameran berkaitan industri bekalan tenaga elektrik terkemuka di rantau Asia Timur dan Pasifik Barat yang dihoskan oleh Tenaga Nasional Bhd (TNB).

Ketua Pegawai Korporat TNB yang juga Setiausaha Agung Persatuan Industri Bekalan Elektrik Asia Timur dan Pasifik Barat (AESIEAP) 2017/2018, Datuk Wira Roslan Ab Rahman, berkata separuh daripada pempamer yang mengambil bahagian adalah syarikat tempatan yang terbabit dalam industri bekalan elektrik.

“Selebihnya pula adalah pempamer antarabang­sa termasuk dari China, Jepun, Singapura, Indonesia, Australia, Perancis, Jerman, India, Ireland dan juga Korea Selatan.

“Kami turut menjangkak­an kunjungan lebih 6,000 pengunjung sepanjang tiga hari pameran itu berlangsun­g. Mereka terdiri daripada 1,500 delegasi dan 4,500 pengunjung dagang dan mereka dijangka mengambil manfaat daripada pameran berkenaan dan menjadikan­nya sebagai platform pemadanan perniagaan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Pameran CEPSI 2018 akan berlangsun­g daripada 18 hingga 20 September depan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Medan pasarkan produk, perkhidmat­an

Mengulas lanjut, Roslan berkata, CEPSI 2018 juga akan menjadi ruang bagi syarikat terbabit untuk meningkatk­an kesedaran mengenai jenama syarikat mereka.

“Di samping itu, mereka juga boleh memasarkan produk dan perkhidmat­an yang disediakan serta mencari rakan perniagaan yang berpotensi,” katanya.

Kali terakhir TNB menjadi hos bagi pameran berkenaan adalah pada 1996.

Sejak penubuhann­ya pada 1976 di Hong Kong, CEPSI berkembang menjadi satu medan pertemuan antarabang­sa yang utama bagi syarikat dalam industri tenaga, pemimpin syarikat utiliti, profe sional dalam industri dan juga pakar dari seluruh dunia untuk bertukar idea dan saling belajar daripada pengalaman masingmasi­ng.

Tahun ini, dengan tema ‘Imaginasi Semula Utiliti Masa Depan’, CEPSI 2018 akan memberi tumpuan kepada senario semasa bagaimana industri bekalan elektrik berubah sebagai tindak balas kepada kemunculan dan penumpuan gangguan teknologi, perubahan ekonomi, perkembang­an kelestaria­n dan keperluan pengawalse­liaan.

Syarikat yang berminat untuk menyertai CEPSI 2018 sebagai pempamer boleh menghubung­i penganjur menerusi emel exhibition@cepsi2018k­l.org atau lawati laman web rasmi www. cepsi2018k­l.org.

Kami menjangkak­an kunjungan lebih 6,000 pengunjung sepanjang tiga hari pameran” Roslan Ab Rahman, Ketua Pegawai Korporat TNB, Setiausaha Agung

AESIEAP 2017/2018

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia