Berita Harian

EMAS

-

Harga emas meneruskan penurunan untuk sesi ketiga berturut-turut semalam, berikutan dolar mengukuh ke paras 13 bulan tertinggi berbanding mata wang utama lain di tengahteng­ah krisis kewangan di Turki.

Harga emas turun 0.2 peratus kepada AS$1,208.50 satu aun pada 0655 GMT, berlegar tidak jauh dari paras rendah 17 bulan pada AS$ 1,204 pada awal Ogos. Niaga hadapan emas Amerika Syarikat (AS) turun 0.3 peratus kepada AS$ 1,215.7 aun.

Dolar AS meningkat berbanding yuan China pada Isnin dan kekal stabil berbanding mata wang utama lain.

“Dalam persekitar­an di mana dolar mengukuh dan emas sedang bergelut... apa yang kita lihat adalah sokongan dan ia timbul dari ketidakpas­tian apabila ekuiti mula terjejas,” kata Dominic Schnider di UBS Wealth Management Hong Kong.

Dolar AS, mendapat manfaat daripada ketegangan politik dan perang perdaganga­n global.

“Emas berkemungk­inan sukar untuk mencapai paras pada AS$1,200 dalam persekitar­an yang berisiko,” kata Schnider.

“Emas masih kekal neutral dalam lingkungan AS$1,206 hingga AS$ 1,220 per aun,” kata penganalis­is teknikal Reuters, Wang Tao.

Bagi logam berharga lain, perak sedikit berubah pada AS$ 15.27 satu aun, selepas turun ke paras paling rendah sejak 19 Julai pada AS$ 15.19. Platinum turun 1.0 peratus kepada AS$819.40, manakala palladium turun 1.2 peratus kepada AS$ 899.50.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia