Berita Harian

SAWIT

-

Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivative­s ditutup lebih rendah berikutan ketegangan perdaganga­n yang semakin meningkat di pasaran baru memberi kesan kepada perdaganga­n komoditi, termasuk MSM.

Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, David Ng, berkata sokonganny­a terletak pada harga RM2,150 satu tan dengan tahap rintangan pada RM2,250 satu tan.

Krisis kewangan Turki menjejaska­n ekonomi negara sedang pesat membangun serta pasaran saham baru muncul.

Ogos 2018 dan September 2018 masing-masing jatuh RM37 kepada RM2,169 satu tan dan RM2,188 satu tan, manakala Oktober 2018 turun RM38 kepada RM2,204 satu tan dan November 2018 turun RM45 kepada RM2,230 satu tan.

Jumlah dagangan turun kepada 35,352 lot daripada 41,774 lot pada Jumaat lalu, sementara minat terbuka menurun kepada 280,964 kontrak daripada 290,355 kontrak sebelumnya.

Di pasaran fizikal, Ogos Selatan RM10 lebih rendah pada RM2,210 satu tan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia