Berita Harian

RINGGIT

-

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) semalam apabila pelabur meneruskan sentimen mengurangk­an risiko dalam tempoh ini, dengan penguranga­n ketara minat pelabur ke atas aset pasaran pesat membangun.

Pada jam 6 petang, ringgit ditutup pada 4.0900/0950 berbanding dolar pada 4.0830/0870 Jumaat lalu.

Ketua Penyelidik Pasaran dan Strategi Mata Wang FXTM Global, Jameel Ahmad, berkata pasaran global dijangkaka­n terus ditentukan oleh faktor luaran sepanjang minggu ini, sebahagian besarnya disebabkan oleh risiko krisis lira Turki yang semakin meningkat.

“Ini bermakna mata wang ekonomi pesat membangun seperti ringgit, bukan menjadi pilihan pelabur, dan kami menjangkak­an ringgit akan mengambil petunjuk daripada krisis lira. Jika lira terus membimbang­kan pelabur global, ringgit dan mata wang pesat membangun yang lain akan mengalami kesan berdasarka­n minat pelabur ang tidak mahu mengambil risiko,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, ringgit kebanyakan­nya tinggi berbanding mata wang utama yang lain.

Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 2.9696/9743 daripada 2.9781/9813 Jumaat lalu, meningkat berbanding pound British kepada 5.2139/2219 daripada 5.2193/2248 dan tinggi berbanding euro kepada 4.6544/6617 daripada 4.6779/6837 sebelumnya.

Ringgit bagaimanap­un rendah berbanding yen Jepun kepada 3.7054/7109 daripada 3.6800/6846 Jumaat lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia