Berita Harian

TIMAH

-

Pasaran Timah Kuala Lumpur (PTKL) ditutup AS$70 lebih rendah kepada AS$19,480 satu tan semalam, selari harga logam itu yang rendah di Bursa Logam London (LME) Jumaat lalu, kata peniaga.

Harga timah di LME merosot AS$190 kepada AS$19,500 satu tan.

“Pada pembukaan, terdapat hanya lapan pembida berbanding 22 penawaran, disebabkan kurangnya minat belian,” katanya.

Pasaran timah disokong oleh pembeli dari China, Korea Selatan, Jepun, Taiwan, Jerman, Pakistan dan Bangladesh.

Bidaan tidak berubah pada 47 tan seperti Jumaat lalu.

Penawaran merosot kepada 42 tan berbanding 43 tan manakala jumlah dagangan susut kepada 42 tan berbanding 43 tan sebelumnya.

Perbezaan harga antara PTKL dan LME mencatatka­n diskaun AS$20 satu tan berbanding diskaun AS$140 satu tan pada Jumaat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia