Berita Harian

Sentimen pelabur jejas pasaran

-

Lira

Turki pulih daripada beberapa kerugian apabila bank pusat negara itu mengambil langkah bagi menyokong mata wang itu sementara saham Asia susut berikutan pelabur beralih kepada aset yang lebih selamat seperti dolar, swiss dan yen.

Ia menyebabka­n indeks meluas MSCI saham Asia Pasifik di luar Jepun turun 1.5 peratus kepada paras terendah dalam tempoh setahun. Nikkei Jepun hilang 2.0 peratus.

Niaga hadapan emini bagi S&P 500 turun 0.3 peratus, manakala hasil Perbendaha­raan jatuh 2.85 peratus.

Indeks saham China jatuh 0.7 peratus, sementara Hong Kong turun 1.5 peratus apabila dolar tempatan jatuh ke paras had dagangan.

Lira mendapat sokongan apabila bank pusat Turki mengatakan ia menurunkan nisbah keperluan rizab bagi bank.

Ia juga berkata, akan mengambil semua langkah yang perlu untuk mengekalka­n kestabilan kewangan.

Turut membantu pemulihan mata wang lira adalah komen Menteri Kewangan Turki, Berat Albayrak bahawa negara merangka pelan tindakan untuk meringanka­n kebimbanga­n pelabur.

Namun, dolar masih meningkat lebih 9.0 peratus semalam pada 6.9743 lira.

Mata wang lira susut lebih daripada 40 peratus tahun ini berikutan kebimbanga­n mengenai kuasa Presiden Turki, Tayyip Erdogan yang semakin meningkat terhadap ekonomi dan ia dilihat merenggang­kan hubungan dengan Amerika Syarikat.

“Kejatuhan mata wang lira yang bermula pada Mei lalu kini dilihat pasti menolak ekonomi Turki ke dalam kegawatan dan ia juga boleh mencetuska­n krisis perbankan,“kata Ketua Ahli Ekonomi Global di Capital Economics, Andrew Kenningham.

 ?? [FOTO AFP] ?? Nikkei Jepun hilang 2.0 peratus, semalam.
[FOTO AFP] Nikkei Jepun hilang 2.0 peratus, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia