Berita Harian

‘Tiada kejayaan semanis madu, tanpa usaha sepahit hempedu’

FELCRA anjur program pendidikan bantu pelajar luar bandar

- Oleh Nur Syazwana Mansor

Kedudukan sekolah sama ada di bandar, kampung atau pedalaman bukan penentu kejayaan seseorang pelajar sebaliknya usaha dan doa berterusan menjadi penentu kejayaan mereka.

Ketua Unit Hal Ehwal Pembanguna­n Peserta Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutua­n (FELCRA), Mohd Anuar Hanip, berkata ‘tiada kejayaan semanis madu tanpa usaha sepahit hempedu’.

Sehubungan itu, katanya, pelbagai usaha perlu dilakukan oleh pelajar sekiranya mahukan kejayaan.

Beliau berkata, pelajar tidak seharusnya berasa kecewa atau rendah diri disebabkan bersekolah di kawasan pedalaman kerana sudah banyak kejayaan cemerlang yang diperoleh pelajar luar bandar.

“Kejayaan itu disebabkan curahan ilmu oleh guru dan ditambah pula dengan daya usaha pelajar dengan membuat ulang kaji dan latihan berterusan supaya lebih mudah untuk mengingati segala ilmu yang dipelajari bagi menghadapi peperiksaa­n.

“Selain itu, mohonlah doa, restu ibu bapa dan guru supaya dapat melangkah ke dewan peperiksaa­n dengan hati yang tenang sekali gus dapat menjawab peperiksaa­n dengan cemerlang.

Jalin kerjasama

“Penceramah yang dipilih BH adalah dalam kalangan guru pakar dalam subjek masing-masing. Oleh itu, setiap pelajar kena buat latihan dan praktikkan semua panduan yang sudah diajar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Seminar Kecemerlan­gan Peperiksaa­n Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 anjuran Yayasan FELCRA dengan kerjasama BH, di sini, baru-baru ini.

Yang turut hadir, Pengurus Kanan Pentadbira­n dan Kewangan Yayasan FELCRA, Mimi Masood, Penyunting Eksekutif, Jabatan Vertikal Pendidikan The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP), Muhammad Fakhri Alias.

Yayasan FELCRA sudah menganjurk­an pelbagai program pendidikan untuk warganya dan seminar ini adalah satu daripada program tahunan yang berjaya dilaksanak­an.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumka­n bahawa FELCRA Berhad turut mengadakan kerjasama dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi memudahkan kemasukan anak warga FELCRA ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).

“Begitu juga dengan pelajar lepasan SPM yang tidak dapat melanjutka­n pelajaran ke universiti, mereka boleh meneruskan pengajian di Kolej FELCRA,” katanya.

 ?? [FOTO SHARUL HAFIZ ZAM/BH] ?? Mohd Anuar (tengah) bergambar bersama-sama pelajar pada Majlis Penutupan Program Seminar Kecemerlan­gan Peperiksaa­n UPSR dan SPM 2018 anjuran Yayasan FELCRA-BH di Pendang, Kedah.
[FOTO SHARUL HAFIZ ZAM/BH] Mohd Anuar (tengah) bergambar bersama-sama pelajar pada Majlis Penutupan Program Seminar Kecemerlan­gan Peperiksaa­n UPSR dan SPM 2018 anjuran Yayasan FELCRA-BH di Pendang, Kedah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia