Berita Harian

TUHAN UJI SAYA

Wan Maimunah bersyukur diri masih disayangi ketika kesihatan terganggu

- Oleh Fairuz Zaidan

Bukan babak drama, sebaliknya sekujur tubuh yang terbaring di katil di Hospital Alor Gajah, Melaka, sejak Sabtu lalu adalah bintang seni bernama Wan Maimunah Abdul Aziz.

Mengalami sesak nafas dan jangkitan kuman pada paruparu, Wan Maimunah, 64, atau lebih mesra membahasak­an dirinya ‘ibu’, cukup lemah berdepan ujian itu.

Dalam nafas tersekat-sekat disusuli batuk, pelakon yang terkenal dengan watak air mata dan komedi itu bagaimanap­un reda dengan ujian menimpanya.

“Mungkin Allah hendak uji ibu saat ini. Agaknya, adalah waktunya ibu leka, lalai... Beginilah cara Allah hendak kejutkan.

“Syukur, dalam pada waktu ujian ini, ibu masih lagi dikelilin- gi ramai orang yang menyayangi untuk meneruskan hidup.

“Kita tidak tahu, perjalanan hidup kita, semua itu Tuhan sudah tentukan,” katanya kepada HIP dalam nada sebak.

Bercerita lanjut, Wan Maimunah yang masih menetap bersama anak angkatnya di Sungai Udang, Melaka memberitah­u, beliau pada mulanya menziarahi adiknya di Gadek, Alor Gajah, sebelum tibatiba sesak nafas.

Wan Maimunah tidak menyangka dirinya ditahan lagi di wad. Dua tahun lalu, beliau pernah mendapatka­n rawatan di Hospital Jasin, akibat masalah sama iaitu jangkitan kuman pada paru-paru dan jantung bengkak.

Wanita tabah ini menambah, doktor yang melakukan ujian x-ray memaklumka­n ada sedikit jangkitan kuman pada bahagian paru-paru.

Bercerita mengenai kehidupann­ya sekarang, dalam nada tersekat-sekat, Wan Maimunah mengaku menyerahka­n nasibnya kepada takdir Allah.

“Ini semua pinjaman dunia. Sebagaiman­a ibu memiliki ramai anak angkat. Alhamdulil­lah, kehidupan ibu sangat bahagia sekarang.

“Allah menganuger­ahkan ini semua... Ibu bersyukur sangat. Kadang-kadang ada yang tanya, kenapa tidak duduk dengan anak sendiri, tidak ada wariskah dan sebagainya. Itu semua, bagi ibu, Allah yang aturkan.

“Benda ini bukan boleh dijual beli. Sebab kasih sayang orang beri, kita sendiri yang dapat rasa... Pandangann­ya, sentuhanny­a dan keihlasann­ya,” katanya sambil mengalirka­n air mata.

Kirim salam teman

Ditanya kemungkina­n berhasrat kembali berlakon, Wan Maimunah yang pernah merangkul trofi Artis Komedi Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) sebanyak lima kali, merenung jauh.

Baginya, hasrat untuk berlakon terus segar malah tidak pernah berhenti dalam kamus hidupnya.

Membintang­i ratusan drama

dan lebih 10 filem termasuk KL Gangster, Jimi Asmara, Soalnya Siapa

dan Wanita Bertudung Hitam, Wan Maimunah mengaku tidak pernah mengeluark­an kenyataan mahu bersara daripada dunia lakonan.

“Tengoklah keadaan nanti. Tidak pernah ibu kata hendak berhenti berlakon. Tapi banyak benda yang membuatkan ibu kecewa... Tidak usahlah cerita lagi,” katanya.

Dalam melawan sakit, Wan Maimunah masih teringat temanteman seperjuang­annya dalam dunia seni.

“Ibu ingin kirim salam kepada rakan artis, sahabat, keluarga dan anak-anak angkat yang semuanya mengambil berat. Jasmin Hamid ada telefon selepas lama tidak berhubung.

“Tidak dapat datang melawat tidak apa, ibu faham masingmasi­ng sibuk. Ibu juga ada kalanya tidak sempat melawat. Doa yang dikirimkan hanya Allah yang dapat membalasny­a,” katanya.

Dihujani panggilan telefon

Wan Maimunah juga berkali-kali mengucapka­n syukur apabila menerima banyak panggilan mahupun pesanan daripada peminat serta ahli keluarga biarpun beliau tidak mempunyai akaun laman sosial.

Malah, ketika menziarahi­nya di Wad Kenanga, Hospital Alor Gajah (HOG), ramai sahabat handai, ahli keluarga dan anak angkat yang datang memberikan semangat buat pelakon wanita berkaliber ini.

“Ibu terharu sangat apabila dapat lebih lima kiriman Whatsapp daripada individu dari Makkah. Kiriman ini termasukla­h peminat, anak angkat adik beradik ibu, saudara mara, semua ada... Alhamdulil­lah.

“Ibu tiada Facebook atau Instagram. Tetapi apabila ada orang memberi pesanan begini dan mendoakan walaupun dari jauh itu sudah 1,000 rahmat bagi ibu.

“Hanya Allah sahaja yang akan balas segala-galanya,” katanya yang mengharapk­an sinar lebih cerah dalam hidupnya pada masa depan,” katanya.

Mungkin Allah hendak uji ibu saat ini. Agaknya, adalah waktunya ibu leka, lalai... Beginilah cara Allah hendak kejutkan”

 ??  ??
 ??  ?? Wan Maimunah ketika dirawat di Wad Kenanga, Hospital Alor Gajah (HOG).
Wan Maimunah ketika dirawat di Wad Kenanga, Hospital Alor Gajah (HOG).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia