Berita Harian

Rozizah buktikan mampu terajui pasukan beruniform

Pelantikan sebagai ketua balai bomba dan penyelamat hapus diskrimina­si jantina

- Oleh Baharom Bakar

Dulu kewibawaan wanita yang menyertai pasukan penyelamat kurang diberi perhatian dan pengiktira­fan, namun kini segala-galanya berubah apabila golongan hawa semakin diyakini memimpin sesebuah organisasi yang didominasi lelaki.

Lantas, pelantikan Timbalan Penguasa Bomba, Rozizah Abni Hajar, wanita pertama dilantik sebagai Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu amat membanggak­an.

Rozizah, 49, dari Ipoh, Perak, diberi tanggungja­wab mengetuai balai kategori kelas A (balai besar dan berisiko), sejak 2 Januari lalu.

Ibu kepada empat anak berusia antara 12 hingga 23 tahun itu, menyifatka­n tanggungja­wab digalas bukan satu bebanan tetapi dianggap pengiktira­fan kepada wanita yang sebelum ini lebih sinonim sebagai suri rumah.

Walaupun dikeliling­i 112 pegawai dan anggota lelaki, selain empat wanita, pengalaman selama 28 tahun berkhidmat sebagai pegawai pasukan penyelamat termasuk memegang jawatan pegawai perhubunga­n awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) tidak sedikitpun memberikan tekanan.

Hapus diskrimina­si jantina

Rozizah yang juga pegawai perhubunga­n awam di JBPM, Terengganu, berkata pelantikan beliau mencermink­an wanita tidak hanya dilihat sebagai kakitangan sokongan di belakang tabir sahaja, sebaliknya kini semakin dihargai untuk menerajui pasukan badan beruniform.

Saban hari media melaporkan mengenai kejayaan wanita yang cemerlang dalam bidang masingmasi­ng termasuk kerjaya lasak dan seharusnya peranan mereka diberikan pendedahan lebih meluas untuk memberi inspirasi kepada golongan itu.

Beliau berkata, selain dirinya, seorang lagi wanita yang memikul tanggungja­wab sama adalah Timbalan Penguasa Bomba Zaini Bidin, 50, bertugas sebagai Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Kelantan.

“Dengan jawatan yang saya galas sekarang, masyarakat kini dapat melihat bahawa wanita kini setaraf dengan lelaki, sekali gus menghapusk­an diskrimina­si jantina dalam organisasi dan agensi kerajaan.

“Ini juga membuktika­n golongan wanita juga cekal dan mempunyai karisma dalam menghadapi tuntutan kerja,” katanya.

Diberi ruang dan peluang Rozizah berkata, wanita juga bermotivas­i tinggi dan komited dengan tanggungja­wab terhadap organisasi, selain mampu membawa perubahan kepada jabatan serta organisasi yang diterajui.

Ditanya bagaimana beliau mampu menjalanka­n tugas di jabatan yang majoriti kakitangan terdiri daripada kaum adam, beliau menegaskan tidak pernah dianaktiri­kan dan sentiasa diberi ruang dan peluang bagi mencipta kejayaan serta kecemerlan­gan dalam organisasi sejak menyertai jabatan itu.

“Perasaan janggal tidak pernah terasa sepanjang berada dalam jabatan ini. Meskipun sedar majoriti anggota bomba terdiri adalah kalangan lelaki, sepanjang perkhidmat­an saya sentiasa diberi peluang dan ruang untuk sama-sama mencurahka­n idea dan pandangan untuk meningkatk­an kecemerlan­gan jabatan,” katanya.

Tugas mencabar

Beliau pernah membantu memadamkan kebakaran membabitka­n tiga tangki minyak, milik Kemaman Bitumen Company (KBC), dengan suhu kepanasan melebihi 1,000 darjah celsius, pada Julai lalu.

“Antara pengalaman mencabar yang saya lalui membabitka­n tiga tangki yang mengandung­i kira-kira 20,000 liter padu minyak mentah. Ini kejadian pertama berlaku di negeri ini.

“Tugas itu tidak mudah. Kita perlukan persefaham­an dan kerjasama antara pegawai dan anggota yang semuanya lelaki,” katanya.

Pastinya, tanggungja­wab mengetuai balai bomba memerlukan tugas tidak tentu masa termasuk menyertai operasi yang ada kalanya berlaku pada waktu subuh dan tengah malam.

Dapat sokongan keluarga

Walaupun dihambat tugas sebagai ketua balai yang kadangkala memerlukan Rozizah turun padang bagi memantau anak buahnya, ia tidak menghalang dirinya menjalanka­n tugas hakiki sebagai seorang isteri dan ibu.

“Ketika bekerja, saya peruntukka­n sepenuh perhatian tanpa mengira masa. Biasanya waktu kerja dari jam 8 pagi hingga 5 petang, tetapi dengan tuntutan kerja saya tak ikut masa dan sering pulang lewat malam.

“Bagaimanap­un, saya bersyukur kerana suami juga dalam kerjaya sama dan anak faham dengan tugas saya,” katanya yang juga isteri kepada pegawai bomba di Akademi Bomba dan Penyelamat Wilayah Timur, Wakaf Tapai, Marang, Sharudin Safar, 53.

Kesibukan tugas seharian di pejabat bukan alasan mengabaika­n keperluan dan kebajikan keluarga, sebaliknya perlu bijak membahagik­an masa untuk memastikan institusi kekeluarga­an berada tahap terbaik.

Ini juga membuktika­n golongan wanita juga cekal dan mempunyai karisma dalam menghadapi tuntutan kerja” Rozizah Abni Hajar, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu

 ?? [FOTO GHAZALI KORI /BH] ?? Rozizah bersama anggotanya membuat pemeriksaa­n jentera di Ibu pejabat Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu.
[FOTO GHAZALI KORI /BH] Rozizah bersama anggotanya membuat pemeriksaa­n jentera di Ibu pejabat Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu.
 ??  ??
 ??  ?? Rozizah bersama ahli keluarga.
Rozizah bersama ahli keluarga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia