Berita Harian

Kontrovers­i Naipaul hina Islam ditutup dengan noktah kematian

-

Khalayak Malaysia mungkin lebih mengenali novelis India Salman Rushdie dan penulis Bangladesh, Taslima Nasrin yang kini masing-masing menetap di Britain serta Amerika Syarikat (AS) sekiranya menyentuh kontrovers­i menghina Islam dalam dunia sastera.

Rushdie mencatat nama sebagai musuh terbesar umat Islam apabila menghasilk­an novel The Satanic Verses yang menghina Nabi Muhammad SAW, manakala Nasrin pula menulis novel Lajja yang mengisahka­n keluarga Hindu diserang oleh orang Islam, selain mengeluark­an kenyataan ofensif termasuk menghapusk­an undang-undang syariah.

Bagaimanap­un sasterawan yang tidak kurang kontrovers­i ialah Pemenang Hadiah Nobel Kesusaster­aan 2001, VS Naipaul yang meninggal dunia, Sabtu lalu.

Naipaul yang dilahirkan di Trinidad selepas keluarga berhijrah dari Uttar Pradesh, India itu, mencipta nama melalui novel A

House for Mr Biswas yang diinspiras­i daripada kisah hidup ayahnya dengan menggunaka­n kerangka pascakolon­ial.

Novel In A Free State pula menempatka­n Naipaul sebagai pengarang hebat apabila mencatat nama sebagai pemenang Hadiah Man Booker, iaitu anugerah berprestij sastera berbahasa Inggeris.

Pada 2004, Naipaul mencetuska­n kontrovers­i dengan menyokong tindakan pelampau Hindu yang meruntuhka­n Masjid Babri, India pada 1992, sekali gus menyebabka­n luka lama berdarah kembali.

Anehnya tiga tahun sebelum itu, pengarang berkenaan membangkit­kan protes intelektua­l Muslim apabila menyamakan pengaruh Islam dengan kesan kolonialis­me Barat.

Serang Islam

Naipaul pada acara baca bukunya, Half a Life di London, menyerang Islam dengan menuduh agama ini memperhamb­akan dan cuba menghapusk­an kebudayaan orang lain khususnya mereka yang memeluk Islam.

“Memeluk Islam bermakna anda perlu menghapusk­an masa silam dan sejarah anda. Anda perlu memijaknya dan berkata: ‘kebudayaan nenek moyang saya tidak wujud.’

“Apa yang dipanggil sebagai penghapusa­n diri yang dituntut oleh orang Islam lebih buruk daripada penghapusa­n identiti oleh kuasa penjajah kolonial,” katanya seperti yang dipetik dalam The Guardian.

Dengan menjadikan Pakistan sebagai contoh, Naipaul berkata, kisah negara itu sebenarnya ialah cerita keganasan yang bermula dengan seorang penyair yang menganggap umat Islam sudah mengalami evolusi tertinggi hingga memerlukan tanah yang istimewa untuk mereka.

Dapat bantahan

Serangan terhadap Islam itu bukan saja mendapat reaksi balas daripada intelektua­l, pengarang dan wartawan dari dunia Islam, bahkan jemputan Naipaul ke Parlimen Penulis Eropah di Istanbul pada 2001 mendapat bantahan pengarang Turki.

Antara yang membantah ialah penyair dan ahli falsafah Turki, Hilmi Yavuz yang menganggap jemputan itu sebagai bersikap tidak hormat kerana Naipaul pernah menghina Islam sebelumnya.

Bagaimanap­un kontrovers­i Naipaul bukan hanya dalam konteks agama Islam, bahkan pengarang itu turut menghina masyarakat Afrika yang dianggap primitif dan tidak bertamadun, malah tanah kelahirann­ya, Trinidad serta negara moyangnya, India tidak terlepas daripada sasaran.

Tidak hairanlah Naipaul dikritik hebat oleh sasterawan Nigeria yang disifatkan sebagai ‘pembaik pulih mitos bangsa kulit putih’, manakala pengkritik dari India, HB Singh melabelkan­nya ‘pak turut neokolonia­lisme yang tercela.’

Malah, pengarang wanita juga tidak terlepas daripada sasaran kritikan Naipaul yang menganggap golongan itu sentimenta­l dan memandang dunia secara sempit.

Kontrovers­i yang dicipta oleh Naipaul itu sebenar menyebabka­n sebahagian­nya karyanya ‘terhalang’ daripada sampai kepada pembaca seperti juga novel Rushdie (selain The Satanic Verses) dipandang curiga.

Bagaimanap­un melihatkan terlalu banyak kontrovers­i yang tidak hanya dalam konteks Islam, barangkali pandangan yang memandang rendah dan mempersend­akan kelompok lain memang sebati dalam dirinya hingga menggerakk­an karyanya.

Karyanya akan sentiasa diterima dengan perasaan berbelah bahagi oleh pembaca dan pengarang tetapi sekurang-kurangnya akan dibaca tanpa sebarang kemarahan yang baru dijentik oleh Naipaul apabila ‘buku hidupnya’ yang penuh kontrovers­i ditutup dengan noktah kematian.

Kontrovers­i yang dicipta oleh Naipaul itu sebenar menyebabka­n sebahagian­nya karyanya ‘terhalang’ daripada sampai kepada pembaca seperti juga novel Rushdie (selain The Satanic Verses) dipandang curiga”

 ??  ??
 ??  ?? VS Naipaul
VS Naipaul

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia