Berita Harian

Lombok tanggung kerugian RM1.4B

Kerajaan akur akan ambil tempoh lama pulih kehidupan, ekonomi pulau

-

PJakarta

ulau peranginan Lombok berdepan kerugian lebih 5 trilion rupiah (RM1.4 bilion) bermula dari minggu terakhir gegaran terbesar, kata pihak berkuasa, ketika jumlah kematian meningkat lebih 430 orang.

Lebih daripada 350,000 orang melarikan diri dari kediaman mereka susulan gempa bumi berukuran 6.9 magnitud untuk mendapatka­n perlindung­an di khemah penempatan sementara yang disediakan kerajaan atau binaan sementara di tempat terbuka.

Pihak berkuasa berkata, bantuan agak perlahan untuk sampai ke kawasan yang paling teruk kerana ia terletak di pedalaman ketika operasi mencari mangsa diteruskan semalaman.

“Kerosakan dan kerugian sangat besar. Ia membabitka­n trilion rupiah dan mengambil masa yang panjang untuk memulihkan kehidupan dan ekonomi di wilayah Nusa Tenggara Barat,” kata jurucakap Agensi Mitigasi Bencana Kebangsaan, Sutopo Nugroho.

Operasi ditingkat

Katanya, kebanyakan kediaman dan infrastruk­tur awam mengalami kerosakan teruk.

Presiden Joko Widodo semalam melawat pulau yang terletak di timur Bali, destinasi paling terke nal di negara Asia Tenggara, untuk kali kedua sejak gegaran kecil yang melanda pada 29 Julai lalu.

Beliau mengarahka­n operasi mencari dan usaha untuk membantu ditingkatk­an.

“Saya sudah mengarahka­n pemindahan mangsa yang masih belum ditemui diberi keutamaan,” kata Widodo dalam satu kenyataan, kelmarin.

Sementara itu, Nugroho berkata tiga helikopter, termasuk satu daripada pihak tentera dikerah untuk menghantar bantuan kepada komuniti yang tersisih, kebanyakan mereka memerlukan bantuan air bersih, makanan, tempat tidur dan ubatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia