Berita Harian

9 maut hospital terbakar di Taiwan

Polis ragui kenapa pusat jagaan pesakit lewat9mini­t buat laporan

-

Sembilan orang terkorban dan 30 cedera dalam satu kebakaran di sebuah pusat jagaan pesakit berhampira­n bandar raya ini, semalam.

Semua 44 orang, termasuk 33 pesakit yang terperangk­ap dalam bangunan itu berjaya dipindahka­n selepas kebakaran bermula di tingkat tujuh bangunan sembilan tingkat milik hospital kerajaan di sini.

Difahamkan, 16 pesakit kena serangan jantung manakala tujuh daripada jumlah itu dapat diselamatk­an.

“Sembilan mangsa disyaki maut akibat terhidu asap,” kata jurucakap jabatan bomba tempatan.

Namun, apa yang mencurigai pihak berkuasa adalah kenapa berlaku kelewatan sembilan minit oleh pihak hospital berkenaan untuk melaporkan segera kejadian itu.

Masih dalam siasatan

Ketua Jabatan Bomba New Taipei, Huang Teching, berkata punca kebakaran masih lagi disiasat, sekali gus menafikan laporan ia berlaku akibat kegagalan sistem penyembur air.

“Alat penyembur air berfungsi dengan baik, tetapi kedu dukannya agak jauh dari lokasi kebakaran bermula, menyebabka­n ia gagal dipadamkan dengan lebih awal,” katanya kepada wartawan.

Sementara itu, rakaman kamera litar tertutup yang disiarkan media tempatan menunjukka­n, kakitangan pusat jagaan itu bertungkus­lumus menyelamat­kan pesakit menggunaka­n kerusi roda dan mendukung mereka, sebaik sahaja kebakaran tercetus.

Mangsa yang cedera dilaporkan sudah dihantar ke hospital berhampira­n untuk rawatan lanjut.

 ?? [ FOTO EPA ] ?? Pegawai bomba melihat kerosakan pada bangunan selepas berlaku kebakaran di Hospital Taipei di Hsinchuang, New Taipei
City, Taiwan, semalam.
[ FOTO EPA ] Pegawai bomba melihat kerosakan pada bangunan selepas berlaku kebakaran di Hospital Taipei di Hsinchuang, New Taipei City, Taiwan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia