Berita Harian

10 peminat Barcelona maut, bas terbabas

-

Quito: Sejumlah 10 orang terkorban manakala 35 lagi mangsa cedera selepas bas yang membawa peminat kelab bola sepak terkenal di Ecuador, Barcelona SC, dilaporkan terbalik selepas menyaksika­n satu kejohanan tempatan.

Menurut Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Ecuador, bas terbabit dalam perjalanan dari Cuenca menuju ke bandar di pesisiran pantai, Guayaquil, iaitu lokasi operasi kelab berkenaan.

“Bas berkenaan dipercayai terbabas lalu terbalik,” kata Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Ecuador dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Presiden Kelab Barcelona SC, Jose Francisco Cevallos, yang juga bekas penjaga gol kebangsaan, dalam kenyataan di Twitter berkata: “Kami menerima laporan mengenai kemalangan membabitka­n sekumpulan peminat, ia satu berita yang amat menyedihka­n”.

Dalam perlawanan kelmarin, Barcelona seri 11 menentang Deportivo Cuenca. Pasukan lawan turut mengucapka­n takziah kepada mangsa yang terkorban melalui akuan Twitter dan mendoakan pemain lain yang cedera agar dapat pulih segera.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia