Berita Harian

3 maut Shanghai dilanda Taufan Yagi

-

Beijing: Tiga orang dilaporkan maut manakala enam lagi cedera di Shanghai selepas dihempap papan tanda susulan Taufan Yagi.

Ribut kencang itu memaksa China memindahka­n lebih 200,000 penduduk di kawasan pantai timur negara itu, lewat kelmarin.

Ribut tropika ini juga dilaporkan melanda negara jiran lain, termasuk Filipina tiga orang turut dilaporkan selamat.

Penduduk dipindahka­n

“Taufan dikenali sebagai Yagi melanda wilayah Zhejiang lewat malam tadi, membawa angin sehingga 102 kilometer sejam.

“Sejumlah 204,949 penduduk di 10 bandar raya, termasuk Taizhou, Zhoushan dan Wenzhou sudah dipindahka­n dan hampir 21,000 bot nelayan diarah berpatah balik ke pelabuhan,“kata agensi berita rasmi Xinhua yang memetik ibu pejabat kawalan banjir wilayah itu.

Xinhua melaporkan, taufan itu juga dijangka membawa hujan lebat, namun beransuran­sur lemah apabila bergerak ke kawasan pedalaman di bahagian barat laut.

Musim panas adalah musim taufan di China, namun angka korban semakin berkuranga­n hasil perancanga­n dan pemindahan awal dari zon berbahaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia