Berita Harian

Lelaki Poland tanam semula 9 mayat

Polis kata kes curi mayat boleh dihukum penjara 8 tahun

-

Warsaw

Apihak polis menggali semua kubur itu selepas mengesan lokasi mayat terbabit ditanam dan menahan Dariusz. Bagaimanap­un, polis sukar untuk menjelaska­n motif lelaki berkenaan namun mengatakan bahawa Dariusz pernah menerima rawatan psikiatri walaupun masih bekerja.

“Kami mendapatka­n nasihat daripada ramai pakar dan mencari kaitannya dengan kejadian ini. Namun, lelaki itu berkelakua­n seperti biasa.

“Ia amat sukar difahami dan tidak masuk akal,” kata timbalan komander Polis Gdansk, Ewa Pachura.

Kurang siuman

Dariuz didakwa kerana merosakkan kubur dan mencuri mayat selama dua tahun dari 2016 hingga 2017 dan boleh ber depan dengan hukuman lapan tahun penjara namun pihak pendakwa raya memutuskan untuk tidak meneruskan hukuman itu memandangk­an dia didapati kurang siuman.

“Pakar mengesahka­n dia gila dan tidak mempunyai kemampuan untuk mengetahui kesalahann­ya.

“Berikutan itu, berdasarka­n peruntukan undangunda­ng dia tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah,” kata Grazyna Wawryniuk dari Pejabat Pendakwa raya Daerah.

Sebaik siasatan selesai, pihak pendakwaan boleh memfailkan usul untuk tidak meneruskan prosiding dan menempatka­n Dariusz ke pusat psikiatri.

Dia ditahan di pusat tahanan sehingga Oktober sebelum pihak berkuasa menentukan tindakan selanjutny­a.

 ?? [ FOTO AGENSI ] ?? Suspek bina tanah perkuburan sendiri dan letak batu nisan pada kubur mangsa.
[ FOTO AGENSI ] Suspek bina tanah perkuburan sendiri dan letak batu nisan pada kubur mangsa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia