Berita Harian

Dembele wira Barcelona

Bintang Perancis bantu kebangkita­n untuk benam Sevilla

-

Barcelona bangkit sebelum membenam Sevilla 2-1 untuk menjuarai Piala Super Sepanyol kelmarin dengan juara Piala Dunia dari Perancis, Ousmane Dembele meledak gol kemenangan untuk memberikan permulaan sempurna buat Lionel Messi sebagai kapten.

Ia adalah trofi Piala Super ke-13 buat Bercelona dan keenam dalam tempoh sembilan musim.

Bagaimanap­un Sevilla mensia-siakan peluang keemasan untuk membawa perlawanan ke masa tambahan apabila Wissam Ben Yedder gagal memanfaatk­an penalti pada minit terakhir.

Pablo Sarabia memberikan Sevilla gol pendahulua­n seawal minit kesembilan menerusi serangan balas.

Gerard Pique yang mengumumka­n persaraann­ya daripada skuad Sepanyol Sabtu lalu, menyamakan kedudukan tiga minit sebelum tamat separuh masa pertama buat Barcelona apabila bingkas menyambut bola susulan sepakan percuma Messi.

Utama pemain Eropah

Ia memberi ruang buat bintang Perancis, Dembele untuk mencuri tumpuan pada minit ke-78 menerusi rembatan juga menerusi hantaran Messi.

Ternyata masih ada ruang untuk drama babak akhir perlawanan apabila penjaga gol Barca, Marc-andre Ter Stegen mengasari Aleix Vidal ketika pemain muda Sevilla itu hampir meledak gol penyamaan.

Namun sepakan penalti yang lemah daripada Ben Yedder mudah diselamatk­an Ter Stegen.

Perlawanan itu bermula dengan penuh kontrovers­i apabila Sevilla mengancam untuk membuat aduan ke atas Barcelona sekiranya juara La Liga itu menurunkan lebih daripada tiga pemain bukan dari Kesatuan Eropah (EU).

Persekutan Bolasepak Sepanyol (RFEF) kelmarin mengakui bahawa tiada halangan pemain daripada luar EU menyertai Piala Super, biarpun hanya tiga yang dibenarkan untuk perlawanan liga. AFP

 ??  ?? Dembele (tengah) cuba melepasi pertahanan Sevilla dalam aksi Piala Super Sepanyol. Barcelona menang 2-1.
Dembele (tengah) cuba melepasi pertahanan Sevilla dalam aksi Piala Super Sepanyol. Barcelona menang 2-1.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia