Berita Harian

Ambil masa fahami taktik diterap Emery

-

London: Ketua jurulatih Arsenal, Unai Emery, berkata kekalahan 2-0 di tangan Manchester City kelmarin menunjukka­n pemainnya memerlukan lebih masa untuk menyesuaik­an diri dengan taktiknya tetapi mengakui terdapat beberapa aspek positif di sebalik kekalahan itu.

Arsenal gagal menandingi lawan dalam aksi pertama Liga Perdana di Emirates itu, sekali gus menunjukka­n jurang di antara kedua-dua pasukan dan membuktika­n keazaman City untuk mempertaha­nkan kejuaraan liga.

Bagaimanap­un, Emery berkata, pemainnya beraksi baik dan mempunyai peluang menyamakan kedudukan pada babak kedua perlawanan.

“Saya fikir City berhak dengan keputusan ini tetapi kami semakin baik sepanjang 90 minit dan kesannya dapat dilihat pada perlawanan selepas ini minggu depan.

“Pada separuh masa kedua kami memiliki peluang untuk mencapai keputusan lebih baik.

“Jelas Manchester City mahukan persembaha­n terbaik kami dan mulai hari ini kami perlu terus bekerja keras.

“Saya gembira dengan pemain saya kerana mereka tidak mengalah.

“Kami perlu terus menumpukan aspek taktikal dan pertahanan yang membezakan kami dengan City,” kata Emery pada sidang media.

Ozil belum ‘panas’

Raheem Sterling menjaringk­an gol pembukaan pada separuh masa pertama selepas memperdaya­kan Hector Bellerin dan Matteo Guendouzi sebelum melencongk­an bola melepasi penjaga gol, Petr Cech dan Bernardo Silva melebarkan jurang di babak kedua.

Penyerang Arsenal pula agak tumpul dengan Mesut Ozil dan Henrikh Mkhitaryan kurang menyerlah dalam formasi 4-3-3 itu.

Bagaimanap­un, Emery yang mengambil alih tugas daripada Arsene Wenger pada musim panas ini tetap yakin mereka menuju ke arah yang betul.

Sesuatu yang membimbang­kan Emery ialah di bahagian pertahanan kiri apabila Ainsley Maitland-niles mengalami kecederaan kaki pada separuh masa pertama.

 ?? [ FOTO AFP ] ?? Ozil (tengah) diasak dua pemain City, Fernandinh­o (kiri) dan Ilkay Gundogan pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Emirates, kelmarin.
[ FOTO AFP ] Ozil (tengah) diasak dua pemain City, Fernandinh­o (kiri) dan Ilkay Gundogan pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Emirates, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia