Berita Harian

Kim Swee mahu elak masalah

-

terakhir Sukan Asia Jakarta-palembang, semalam.

Menurutnya, pelan alternatif perlu difikirkan lebih awal andai sebarang perubahan berlaku membabitka­n sesi latihan seperti yang berlaku ke atas skuad Vietnam.

“Memang kita mengharapk­an penganjura­n yang cukup baik, kita tahu pihak tuan rumah Indonesia banyak melakukan perubahan dari segi persiapan dan saya harap tidak berlaku perkara yang tak diingini dari segi jadual latihan, padang latihan.

“Di sini kita perlu ada pelan kedua, pelan B atau pelan C jika berlaku tiada padang untuk kita berlatih, kita perlu mencari alternatif lain,” katanya ketika ditemui pemberita sebelum pasukannya berlepas ke Jakarta.

Sebelum ini, insiden pasukan Vietnam berlatih di jalan tar di tempat penginapan kecoh di media sosial. Bagaimanap­un ada pihak menampilka­n penjelasan bahawa ia berlaku kerana pihak pengurusan pasukan Vietnam enggan berlatih di padang latihan yang dibenarkan.

Tidak beri kesan

Sementara itu Kim Swee berlepas ke Jakarta bersama 20 pemain semalam dengan keputusan mengejut apabila menggugurk­an Danial Amier Norhisham akibat masalah kecederaan dan memanggil semula pemain pertahanan Rodney Celvin Akwensivie yang awalnya digugurkan.

Bekas jurulatih kebangsaan itu bagaimanap­un percaya, ketiadaan Danial tidak akan menjejaska­n persiapann­ya kerana pemain posisi lain boleh mengisi bahagian tengah.

“Dalam aksi persahabat­an dengan China dan UAE, Danial tidak diturunkan sebaliknya hanya Baddrol Bakhtiar, Nik Akif Syahiran Nik Mat dan Syahmi Safari bermain di posisi tengah. Saya ada beberapa pilihan pemain lagi jika saya perlu melakukan perubahan nanti.

“Irfan Zakaria bermain di bahagian tengah bersama Kuala Lumpur, (R) Kogileswar­an juga boleh bermain di posisi itu jadi saya tak nampak sebarang masalah,” jelas Kim Swee.

Malaysia akan memulakan kempen Kumpulan E menentang Kyrgyzstan di Stadium Si Jalak Harupat, Bandung esok, diikuti bertemu juara bertahan Korea Selatan (17 Ogos) dan Bahrain (20 Ogos).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia