Berita Harian

Syarikat Sabah perlu terbabit dalam aktiviti PETRONAS

Langkah membolehka­n negeri nikmati hasil lebih baik daripada industri minyak, gas

- Oleh Kristy Inus dan Mohd Izham Unnip Abdullah

Kerajaan negeri menekankan tuntutan Sabah terhadap hasil minyak dan gas daripada Kerajaan Persekutua­n bukan setakat royalti 20 peratus malah harus ada pembabitan syarikat negeri dalam aktiviti dijalankan PETRONAS.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata ketika ini semua operasi cari gali dan hiliran yang berkaitan dengan minyak dan gas dilaksanak­an sepenuhnya PETRONAS tanpa pembabitan manamana syarikat negeri.

Sehubungan itu, katanya, sudah tiba masa untuk syarikat negeri terbabit secara aktif dalam operasi PETRONAS khususnya dalam aktiviti hiliran bagi membolehka­n negeri ini menikmati hasil lebih baik daripada industri minyak dan gas.

Kepentinga­n Sabah diutamakan

“Kita tidak mahu lihat hanya 20 peratus saja, saya tekankan setiap kegiatan PETRONAS di Sabah, kepentinga­n Sabah harus diambil kira, bukan saja cari gali, hiliran, mesti ada pembabitan negeri. Kita ada syarikat yang boleh digerakkan,” katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Dr Jeffrey Kitingan (Starbingko­r) berkaitan tuntutan 20 peratus royalti minyak dan gas yang diminta Sabah daripada Kerajaan Persekutua­n pada persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, semalam.

Menjawab soalan Datuk Masidi Manjun (Bnkaranaan) dan Datuk Nizam Abu Bakar Titingan (BNApas) berkaitan perkara sama, Mohd Shafie yang juga Menteri Kewangan negeri, berkata pihaknya kekal dengan pendirian untuk menuntut 20 peratus royalti minyak dan gas.

Tuntutan elektrik, gas

“Apa yang penting kepada kita ialah 20 peratus, itu mesti direalisas­ikan seperti kita putuskan kerana kekayaan petroleum perlu rakyat Sabah manfaatkan, dulu tiada pembabitan negeri, kita mahu kali ini terbabit,” katanya.

Terdahulu, menjawab soalan asal Datuk Jahid Jahim (PBSTamparu­li) berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), Mohd Shafie berkata, selain tuntutan royalti 20 peratus, kerajaan negeri mengutamak­an tuntutan hak terhadap elektrik dan gas yang diambil balik Kerajaan Persekutua­n pada 1983.

Mohd Shafie berkata, kerajaan negeri akan memastikan penurunan kuasa semula diberikan mengikut Perkara 95C Perlembaga­an Persekutua­n.

Pada masa sama, katanya, kerajaan negeri sudah mengambil beberapa langkah yang selaras dengan MA63 seperti mewujudkan Kementeria­n Undangunda­ng dan Hal Ehwal Anak Negeri, Kementeria­n Pelajaran dan Inovasi serta Kementeria­n Kesihatan Kesejahter­aan Rakyat.

 ?? [ FOTO MALAI ROSMAH TUAH /BH ] ?? Mohd Shafie bersalaman dengan dua timbalanny­a, Datuk Jaujan Sambakong dan Christina Liew ketika hadir pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Ke-15 di Bangunan DUN Sabah, Kota Kinabalu.
[ FOTO MALAI ROSMAH TUAH /BH ] Mohd Shafie bersalaman dengan dua timbalanny­a, Datuk Jaujan Sambakong dan Christina Liew ketika hadir pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Ke-15 di Bangunan DUN Sabah, Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia