Berita Harian

Penduduk dapat ganti rugi ternakan kena lupus

-

Kota Kinabalu: Kerajaan negeri memberi jaminan akan membayar ganti rugi kepada penduduk kampung di Tuaran selepas ternakan mereka dilupuskan berikutan wabak selesema burung di daerah itu.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri, Junz Wong, berkata bilik operasi untuk mengumpul rekod penduduk dan jumlah unggas milik mereka yang dilupuskan sudah diwujudkan.

“Ia berbeza dengan kes ladang ternakan ayam yang terjejas akibat wabak berkenaan. Bagi penduduk ia adalah sesuatu yang malang dan kita akan bayar mereka (pampasan),” katanya kepada pemberita di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN), semalam.

Sebelum ini, sebanyak 29,990 ayam dan 3,500 telur dari dua ladang ternakan di Kampung Kauluan, Tuaran dilupuskan setakat 7 Ogos lalu selepas sampel ayam yang diambil dari ladang terbabit didapati positif selesema burung.

Bagi ternakan milik penduduk kampung, sebanyak 1,150 ayam, angsa, itik dan burung dari Kampung Tambalaung, Dang Sangai, Bukit Giling, Telibong dan Kauluan dilupuskan selain 485 biji telur ayam dan itik.

Radius satu kilometer

Wong berkata, operasi pelupusan unggas milik penduduk juga digerakkan dalam radius satu kilometer dari Kampung Telibong yang terletak kira-kira lima kilometer dari lokasi pemantauan di Kampung Kauluan selepas satu sampel didapati positif selesema burung dikesan tiga hari lalu.

“Kali ini tiada ladang ternakan ayam yang terbabit, hanya milik penduduk kampung. Kami belum kenal pasti berapa banyak ayam akan dilupuskan.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya masih menunggu keputusan ujian terhadap sampel ayam dari Kampung Loputung, juga dalam kawasan pemantauan Jabatan Perkhidmat­an Veterinar (JPV) yang sebelum ini turut dilaporkan positif selesema burung.

“Saya mahu mengingatk­an bahawa tiada wabak kedua atau ketiga jika ia dalam radius lima kilometer kerana ia dalam pemantauan kita,” katanya.

Bagi penduduk ia adalah sesuatu yang malang dan kita akan bayar mereka (pampasan)” Junz Wong, Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia