Berita Harian

Ketidakhad­iran tak disebut kerana belum angkat sumpah

Speaker mengakui ada menerima surat daripada peguam Musa

- Oleh Kristy Inus dan Mohd Izham Unnip Abdullah

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Syed Abas Syed Ali menjelaska­n ketidakhad­iran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga, Tan Sri Musa Aman di persidanga­n DUN kali ini tidak disebut di dalam dewan kerana beliau belum mengangkat sumpah.

Syed Abas berkata, pihaknya perlu mengambil kira kedudukan itu walaupun mengakui ada menerima surat daripada peguam Musa yang memaklumka­n sebab ketidakhad­iran bekas Ketua Menteri Sabah itu pada persidanga­n DUN kali ini.

“Tiada keperluan untuk menyebut namanya (Musa) kerana beliau belum mengangkat sumpah. Saya tak mahu komen mengenai perkara ini dan kandungan surat (Musa) buat masa ini. Tunggu kenyataan saya nanti,” katanya ketika ditemui pemberita di luar dewan persidanga­n DUN Sabah, semalam.

Mengulas lanjut, Syed Abas berkata, beliau akan membalas surat Musa tetapi enggan mengulas lanjut mengenai kandungann­ya.

Terima dua surat

Terdahulu, Syed Abas ketika memulakan sesi persidanga­n DUN pada jam 10 pagi semalam hanya menyebut menerima dua surat mengenai ketidakhad­iran ADUN pada persidanga­n kali ini iaitu daripada Chong Ket Kiun (Dap-elopura) dan Datuk Osman Jamal (Bebas-balung).

Ini kali ketiga Musa tidak hadir persidanga­n DUN Sabah selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Minggu lalu, Musa menerusi peguamnya meminta tambahan masa untuk mengangkat sumpah sebagai ADUN disebabkan masih menerima rawatan di United Kingdom.

Berdasarka­n peruntukan undang-undang, bekas Ketua Menteri Sabah itu mempunyai tempoh 90 hari untuk mengangkat sumpah dari tarikh persidanga­n pertama DUN iaitu pada 11 Jun lalu, sebelum diisytihar­kan kosong jika gagal berbuat demikian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia