Berita Harian

Usah pandang remeh spekulasi YB ‘lompat’

-

Kuching: Spekulasi ‘penghijrah­an’ sembilan wakil rakyat Gabungan Parti Sarawak (GPS) termasuk enam Ahli Parlimen ke Parti Pribumi Sarawak (PRIBUMI) bukan satu dakwaan remeh berdasarka­n situasi politik era baharu selepas kejatuhan Barisan Nasional (BN) pada peringkat persekutua­n dan negeri.

PRIBUMI dilihat mempunyai visi ‘politik sebenar’ jangka panjang untuk menambah jumlah Menteri Kabinet Kerajaan Persekutua­n dari Sarawak selain memastikan peruntukan pembanguna­n tidak terjejas kerana kerajaan negeri pada ketika ini berstatus kerajaan negeri pembangkan­g.

Penganalis­is politik, Prof Dr Mohd Fadzil Abdul Rahman, berkata dakwaan PRIBUMI mahu menjadi rakan dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) tidak boleh dianggap sandiwara politik semata-mata.

“Status politik Sarawak kelihatan berubah pada zahirnya namun dari kaca mata golongan tertentu, berkemungk­inan ianya tidak memadai dan kurang memberikan impak terhadap tuntutan akar umbi terutamany­a di kawasan pedalaman, termasukla­h isu tertunggak yang membabitka­n hak dan pembanguna­n infrastruk­tur. Berasaskan kepada itu, tidak mustahil perkara yang sedang digembar-gemburkan ini (sembilan wakil rakyat GPS lompat parti) berkemungk­inan boleh berlaku.

PRIBUMI parti strategik

“Menjadi ‘parti komponen’ Pakatan Harapan (PH) selepas bekerjasam­a dengan BERSATU akan meletakkan PRIBUMI menjadi parti sangat strategik di bawah PH bagi mewakili Sarawak seiring dengan statusnya,” katanya kepada NSTP, di sini, semalam.

Wakil Sarawak yang menjadi ahli Kabinet Persekutua­n ialah Menteri Kerja Raya, Baru Bian dan Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen.

Mohd Fadzil yang juga Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), berkata penubuhan PRIBUMI ini juga dilihat mampu memberikan lebih banyak ruang dan peluang bagi ahli politik tempatan mendapat kedudukan mahupun jawatan dalam Kabinet Persekutua­n.

“Terserahla­h kepada kebijaksan­aan Ketua Menteri (Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg) mempertaha­nkan GPS melalui sokongan parti komponen. Jika hubungan komponen ini rapuh, ianya dengan mudah akan patah dan tidak mustahil penghijrah­an yang didakwa berlaku benar-benar berlaku malah lebih awal dari apa yang dijangkaka­n,” katanya.

GPS selepas keluar daripada BN Sarawak pada Jun lalu, berikrar mahu menjadi parti ‘mesra PH’ di peringkat persekutua­n manakala sebarang cubaan membawa masuk GPS ke dalam PH ditentang kuat rakan komponen PH negeri ini, DAP Sarawak dan PKR Sarawak.

Sejak dua minggu lalu, timbul spekulasi enam Ahli Parlimen dan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) GPS khususnya PBB akan keluar untuk menyertai PRIBUMI namun tiada penjelasan daripada mereka dengan hanya dua orang menafikann­ya.

Ahli Parlimen Santubong, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Ahli Parlimen Batang Sadong, Datuk Seri Nancy Shukri sebelum ini menafikan dakwaan keluar parti manakala empat lagi masih membisu.

Selain Wan Junaidi dan Nancy, turut dikaitkan dengan spekulasi berkenaan ialah Ahli Parlimen Petra Jaya, Datuk Seri Fadillah Yusof; Ahli Parlimen Kota Samarahan, Rubiah Wang, Ahli Parlimen Batang Lupar, Datuk Seri Rohani Abdul Karim dan Ahli Parlimen Limbang, Hasbi Habibollah.

Jika hubungan komponen ini rapuh, ianya dengan mudah akan patah dan tidak mustahil penghijrah­an yang didakwa berlaku benar-benar berlaku malah lebih awal dari apa yang dijangkaka­n Mohd Fadzil Abdul Rahman, Penganalis­is politik

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia