Berita Harian

Suami isteri berenang 400 meter bot karam

Pasangan ditemui selamat di Pulau Malundanga­n

- Oleh Junaidi Ladjana

Suami isteri berusia 53 dan 50 tahun terpaksa berenang sejauh kira-kira 400 meter selepas bot pancing dinaiki karam di perairan Pulau Nusa, Kunak, Sabtu lalu.

Dalam kejadian pada jam 11 malam itu, Sarif Samsudin Sarif Sagaf dan isterinya, Rostina Abdullah dikatakan memancing di kawasan pulau berkenaan sebelum bot mereka karam akibat laut bergelora.

Bagaimanap­un, mereka sempat berenang ke pesisir pantai di Pulau Malundanga­n yang terletak kira-kira 400 meter dari lokasi kejadian sebelum diselamatk­an Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Lahad Datu, sebaik menerima panggilan kecemasan.

Difahamkan, mangsa sempat menghubung­i anaknya sebelum melaporkan kepada Pusat Operasi Zon Maritim Malaysia Lahad Datu.

SAR diaktifkan

Pengarah Zon Maritim Malaysia Lahad Datu, Leftenan Komander Maritim Radzil Allexender Raphael, berkata sebaik menerima maklumat pada jam 11.57 malam, operasi mencari dan menyelamat (SAR) diaktifkan dengan menggerakk­an Bot Adal 17 ke lokasi kejadian.

“Bagaimanap­un operasi SAR di lokasi kejadian mengalami kesukaran kerana keadaan laut bergelora dan hujan lebat.

“Pada jam 6.30 pagi keesokanny­a, kita menerima maklumat kedua-dua mangsa selamat dan berada di Pulau Malundanga­n, namun mereka tidak dapat keluar kerana laut bergelora,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, susulan maklumat itu, Bot Adal 17 digerakkan ke Pulau Malundanga­n dan menemui kedua-dua mangsa dalam keadaan selamat, jam 8.05 pagi.

“Kedua-dua mangsa dibawa ke Jeti Pangkalan Kunak seterusnya dihantar ke Hospital Kunak untuk rawatan.

“Sehubungan itu, orang awam diingatkan supaya mematuhi langkah keselamata­n ketika berada di laut bagi mengelak kejadian buruk berlaku,” katanya.

 ?? [ FOTO IHSAN APMM ] ?? Anggota menyelamat­kan dua pemancing selepas bot yang dinaiki karam, di Perairan Pulau Nusa, Kunak.
[ FOTO IHSAN APMM ] Anggota menyelamat­kan dua pemancing selepas bot yang dinaiki karam, di Perairan Pulau Nusa, Kunak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia