Berita Harian

KBS baik pulih, bina kemudahan sukan di Muar

-

Muar: Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) memperuntu­kkan RM15 juta untuk membangunk­an dan menaik taraf infrastruk­tur sukan di daerah ini.

Menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berkata pelan pembanguna­n infrastruk­tur sukan itu akan dilaksanak­an bermula tahun depan dan ia juga dijangka dapat dimanfaatk­an oleh masyarakat di daerah dan kawasan sekitar.

Katanya, penyediaan kemudahan itu sekali gus akan menjadikan daerah ini sebagai hab sukan anak muda terutama di kawasan utara Johor pada masa hadapan.

Lahir masyarakat aktif

“Dalam lawatan sebelum ini, saya lihat ada kemudahan sedia ada yang agak menyedihka­n dan kini sedang dinaik taraf. Kita juga akan membina kemudahan sukan baharu seperti kolam renang, sukan lasak dan kawasan untuk sukan memanah, sekali gus dapat melahirkan masyarakat yang lebih sihat dan bergiat aktif,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Sukan Merdeka 2018 di Tanjung Ketapang di sini, semalam, yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankua­sa Belia, Sukan dan Kebudayaan Johor, Mohd Khuzzan Abu Bakar; Ketua Setiausaha Kementeria­n Belia dan Sukan, Datuk Lokman Hakim Ali dan Pegawai Daerah Muar, Mohd Haffiz Ahmad.

Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar berkata, kementeria­n mahu segala kemudahan sukan itu benar-benar memberi manfaat dan digunakan secara maksimum.

“Contohnya, Stadium (Muar) sebelum ini digunakan secara kerap tetapi sekarang ditutup dan kena mohon kebenaran untuk menggunaka­nnya dan prosedurny­a agak panjang.

“Bila dapat (kelulusan), nak buat banyak benda pun tak boleh juga (ada kerosakan). Jadi, paling utama kita kena tambah baik (kemudahan) dan ia boleh digunakan orang awam.

“Buat apa ada infrastruk­tur sukan tetapi tidak boleh digunakan orang awam tetapi hanya digunakan segelintir pihak. Kita mahu orang di Muar secara keseluruha­n boleh hidup sihat dan aktif kelak,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia