Berita Harian

Malaysia bakal jadi kuasa ekonomi baharu: Anwar

-

Singapura: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau optimistik yang Malaysia boleh menjadi satu kuasa ekonomi baharu di rantau ini.

Berucap pada majlis S Rajaratnam Endowment Dialogue di sini, semalam, Anwar yang juga Ketua Umum PKR berkata, keyakinan tinggi itu bersandark­an kepada ‘dasar Malaysia yang kukuh dan persekitar­an perniagaan yang stabil dan bersih.’

“Dengan adanya kedaulatan undang-undang... dan institusi yang demokrasi... saya percaya, InsyaAllah Malaysia akan muncul sekali lagi sebagai kuasa ekonomi yang menjadi contoh,” katanya.

Dialog itu adalah satu program utama Sidang Kemuncak Singapura 2018 yang diadakan di Shangrila Hotel di sini.

Yang turut hadir, bekas Perdana Menteri Singapura, Goh Chok Tong dan Ketua Pegawai Eksekutif Temasek Holdings, Ho Ching.

Sidang kemuncak

Sidang Kemuncak Singapura dianjurkan oleh Temasek Foundation Connects dengan sokongan Lembaga Pembanguna­n Ekonomi Singapura, GIC Pte Ltd, Kementeria­n Kewangan, Kementeria­n Luar Negeri, Kementeria­n Perdaganga­n dan Industri, Pihak Berkuasa Monetari Singapura dan Temasek.

Menjawab soalan daripada peserta dialog mengenai hubungan Singapura-malaysia, Anwar bertanyaka­n semula, “ada sebarang masalah ke?”.

“Saya sejujurnya tidak percaya bahawa ada masalah (antara kedua-dua negara),” katanya dan menerima tepukan.

Anwar yang juga pemimpin de facto Kerajaan Pakatan Harapan (PH) turut berjanji:

”Sekiranya dan bila saya mengambil alih jawatan Perdana Menteri, saya akan pastikan negara pertama yang saya lawat adalah Singapura.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia