Berita Harian

Pilihan raya kampus perlu lebih telus, bebas

-

Putrajaya: Tatacara pelaksanaa­n pilihan raya kampus (PRK) perlu disemak semula bagi memberi laluan pelajar menjalanka­nnya secara telus dan bebas mengikut acuan kepemimpin­an mereka tanpa campur tangan pihak pengurusan universiti awam (UA) terbabit.

Menurut Kementeria­n Pendidikan dalam satu kenyataan, perkara itu dipersetuj­ui dalam Mesyuarat Penyelaras­an PRK antara Jabatan Pendidikan Tinggi, Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Pegawai Undang-undang UA, semalam, yang dipengerus­ikan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datin Paduka Ir Dr Siti Hamisah Tapsir.

Katanya, PRK atau Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) adalah proses pemilihan pemimpin pelajar yang dilaksanak­an di semua UA, setiap tahun.

“MPP berperanan mewakili suara, pandangan dan hasrat pelajar dalam pelbagai hal di sesebuah UA itu.

Semangat autonomi

“Justeru pada PRK tahun ini, MPP akan membawa semangat autonomi dengan kebebasan bersuara sepenuhnya, berpolitik dan berpersatu­an dalam memperjuan­gkan hal ehwal pelajar, kebajikan, akademik, politik mahupun aktiviti tanpa pembabitan pihak pengurusan UA.

“Kebebasan pelaksanaa­n PRK ini menjadi medan latihan untuk pelajar menentukan pemimpin akan memperjuan­gkan hak dan hasrat mereka.

“Sebagaiman­a UA mengamalka­n konsep autonomi, Kementeria­n Pendidikan mencadangk­an pelajar diberi kuasa dalam menentukan hala tuju mereka, namun pelaksanaa­n ini perlulah mematuhi perlembaga­an, peraturan dan undang-undang yang sedang berkuat kuasa,” menurut kenyataan itu, di sini, semalam.

Katanya, beberapa UA turut menyatakan kesedian membenarka­n pelaksanaa­n PRK oleh pelajar mulai tahun ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia