Berita Harian

KL, Beijing perluas kerjasama pendidikan

Perbincang­an turut liputi sektor pengajian Islam

- Oleh Suhaila Shahrul Annuar

Malaysia dan China ada ruang serta peluang untuk memperluas kerjasama dalam bidang pendidikan, terutama berkaitan sektor pengajian Islam.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, berkata beliau yang kini dalam lawatan kerja empat hari di China, mengadakan perbincang­an dengan pelbagai pihak termasuk ahli perniagaan, berhubung penerokaan kerjasama lebih luas dalam bidang pendidikan.

“Malaysia memiliki reputasi sebagai negara Islam yang moderat dan tidak mempromosi­kan ideologi radikal. Justeru, Kerajaan China lebih selesa rakyatnya yang beragama Islam belajar di Malaysia berbanding negara di Asia Barat.

“Dalam perbincang­an dengan Pengerusi Dewan Perniagaan Halal Shan Xi, Tie Qunping, timbul cadangan agar Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM) menubuhkan cawangan di wilayah Xian, termasuk membuka sekolah Islam antarabang­sa untuk pengajian awal.

“Di Xian saja, ada lebih 300,000 penduduk beragama Islam, dan berjuta lagi di wilayah Shan Xi serta lima wilayah lain sekitar Shan Xi,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Lawatan kerja empat hari itu adalah susulan lawatan rasmi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, ke China, bulan lalu.

Promosi pendidikan Malaysia

Selain itu, Maszlee berkata, beliau mengemukak­an cadangan supaya China menghantar pelajar ke Malaysia dengan Kementeria­n Pendidikan akan melakukan segala yang perlu untuk mereka memperoleh pendidikan Islam dan bidang lain yang berkualiti di Malaysia.

“Saya juga meminta cawangan Education Malaysia di Beijing mengambil langkah sewajarnya bagi mempromosi­kan pendidikan Malaysia di China, termasuk mengadakan lebih banyak pengajian Bahasa Melayu di universiti China.

“Selain itu, memperkuat­kan program bersama peringkat ijazah dalam pengajian Bahasa Melayu dan Pengajian Melayu antara Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) serta Universiti Putra Malaysia (UPM).

“Usaha juga sedang diambil bagi mendapatka­n lebih banyak biasiswa untuk pelajar Malaysia mengikuti pengajian di universiti seluruh China, serta mencari peluang agar kerajaan China menaja pelajar mereka untuk belajar di universiti Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, langkah berkenaan sekali gus mampu memperkuku­h hubungan dua hala antara keduadua negara, di samping memperting­katkan pendapatan Malaysia.

Katanya, perbincang­an susulan akan diadakan dengan pihak pengurusan universiti di Malaysia sebaik beliau kembali ke tanah air.

Malaysia memiliki reputasi sebagai negara Islam yang moderat dan tidak mempromosi­kan ideologi radikal. Justeru, Kerajaan China lebih selesa rakyatnya yang beragama Islam belajar di Malaysia berbanding negara di Asia Barat” Maszlee Malik, Menteri Pendidikan

 ??  ?? Maszlee (empat dari kiri) bersama pelajar pengajian Bahasa Melayu di Universiti Xian, China.
Maszlee (empat dari kiri) bersama pelajar pengajian Bahasa Melayu di Universiti Xian, China.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia