Berita Harian

PAS gagal kuasai media sosial, bukan Islam

-

Kuala Nerus: Kegagalan menguasai media sosial dan kelemahan penyampaia­n mesej kepada bukan Islam, ialah antara kekurangan dikenal pasti PAS dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang, berkata parti itu juga kurang memberi tumpuan terhadap gerakan pendaftara­n pengundi muda dan keperluan golongan itu berbanding parti lawan lain.

Menyifatka­n pertarunga­n 9 Mei lalu itu ibarat berjuang di gelanggang tidak sama rata menentang Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH), beliau mahu kelemahan itu segera diatasi ke arah memperkema­skan persediaan jangka panjang PAS.

“Dalam serba kekurangan, PAS menempa pencapaian baik menerusi pertambaha­n kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan mengekalka­n Kelantan.

“PAS turut menawan semula Terengganu, hampir menguasai Kedah dan menambah kerusi di Pahang.

“Sokongan pengundi teras dan pengundi atas pagar turut bertambah menerusi peningkata­n sekali ganda keseluruha­n undi diterima melebihi 2.04 juta, atau 18 peratus undi popular,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaik­an ucapan dasar bertema ‘Islam Memimpin’ sempena perasmian Muktamar PAS Ke-64 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu, di sini, semalam.

Hormati keputusan rakyat

Hadi berkata, PAS menghormat­i keputusan rakyat dan komited bersama semua pihak ke arah membentuk budaya politik baharu dengan penuh hikmah.

“PAS akan terus membetulka­n apa yang salah dan menambah baik apa yang betul,” katanya.

Abdul Hadi juga berkata kekeliruan dan fitnah Islamofobi­a dalam kalangan bukan Islam adalah antara cabaran dihadapi PAS dalam mempertaha­nkan kepemimpin­an bercirikan Islam.

Bagaimanap­un, beliau yakin pemimpin dan ahli parti kekal istiqamah untuk menyelamat­kan masyarakat Islam serta berdepan penganut Islam yang tenggelam dalam kejahilan beragama.

“Sememangny­a, tidak mudah bagi PAS mengharung­i pelbagai cabaran serta halangan dalam perjuangan.

“Kita menyaksika­n betapa kalangan yang tidak berjati diri dalam PAS, tiba-tiba terjun melarikan diri kerana sukar beristiqam­ah bersama Islam secara terbuka dan memilih jalan pintas yang disangka mudah tiba ke destinasi.

“PAS berjaya memecah tembok kejahilan menerusi penambahan ahli baharu dalam kalangan penganut Islam dan bukan Islam sehingga ditubuhkan sayap Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), namun itu belum mencukupi,” katanya.

Hadi berkata, apa yang lebih mencabar ialah timbulnya beberapa suara sumbang yang mencabar institusi agama, istana, dan hak Bumiputera, selain gerakan memperjuan­gkan fahaman liberal.

Katanya, kelompok berkenaan turut cenderung kepada mazhab menyelewen­g dan hubungan sejenis yang semakin berani menzahirka­n diri serta bergerak bebas tanpa pengawalan.

“Semua cabaran ini menuntut kita melipatgan­dakan persediaan dan tindakan secara berstrateg­i,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia