Berita Harian

‘Dr Mahathir lebih baik berbanding sebelum ini’

-

Kuala Nerus: Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang, mengakui Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini menjadi Perdana Menteri buat kali kedua, banyak berubah dan jauh lebih baik berbanding sebelum ini.

Membanding­kan pengalaman dulu dan sekarang, Hadi berkata, Dr Mahathir dilihat banyak belajar daripada kelemahan terdahulu.

“Dulu dia jadi PM (Perdana Menteri) umur dia muda, sekarang dah lebih 90. Suasana masyarakat sudah berubah, keadaan berubah, pemikiran Dr Mahathir juga berubah.

Pelajari kelemahan

“Dia pelajari kelemahan dulu. Kita menganggap dulu dia tak matang, sebab tu sekarang dia nak kembalikan royalti (minyak kepada Kelantan Presiden PAS dan Terengganu).

“Dr Mahathir yang ada sekarang lebih baik dari yang dulu,” katanya pada sidang media di Stadium Tertutup Gong Badak di sini, semalam.

Terdahulu, dalam ucapan dasar Muktamar PAS Ke-64, Hadi berkata PAS menzahirka­n penghargaa­n kepada Kerajaan Persekutua­n khususnya Dr Mahathir atas persetujua­n mengembali­kan royalti petroleum kepada Kelantan dan Terengganu.

Katanya, langkah itu dilihat sebagai perkembang­an positif terhadap usaha menghidupk­an semula semangat federalism­e yang dianggap lemah ketika pentadbira­n terdahulu.

“Diharapkan banyak lagi ruang diberi kepada kerajaan negeri, khususnya dalam aspek peruntukan pembanguna­n, kemudahan prasarana dan peluang pelaburan yang seimbang tanpa mengira perbezaan politik.

Perkasa kedudukan Islam

“Kita juga memerlukan keterbukaa­n untuk meminda Perlembaga­an dan akta peninggala­n penjajah seperti memperkasa­kan kedudukan Islam mengikut takrif sebenar.

“Agenda menyeluruh juga perlu membabitka­n mengangkat hak Bumiputera dan bahasa kebangsaan, di samping mengukuhka­n sistem tadbir urus serta keadilan sosial dalam negara,” katanya.

Hadi juga berkata, PAS tidak berganjak daripada agenda mendaulatk­an undang-undang syariah dalam kerangka demokrasi berperlemb­agaan.

Sebelum ini, katanya, PAS melihat ada ruang boleh digunakan untuk mengangkat kuasa Mahkamah Syariah sebagai teras pelaksanaa­n undang-undang.

Mengenai Pilihan Raya Kecil Parlimen Port Dickson, Hadi berkata PAS sedia bertanding bagi memastikan PKR tidak mendapat kemenangan percuma.

Katanya, PRK Port Dickson secara dasarnya mengejutka­n banyak pihak.

“Kalau tak ada parti (selain PKR) nak bertanding, PAS boleh bertanding. Sekurang-kurangnya, boleh adakan ‘latihan bersama’.

“Menang kalah itu lain cerita,” katanya.

 ??  ?? Mohd Yusni Mat Piah
Mohd Yusni Mat Piah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia