Berita Harian

‘Saya patut umum harga kereta turun ketika GST’

-

Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak mengakui beliau mungkin silap kerana tidak membuat kenyataan akhbar bagi mengumumka­n harga semua kereta turun apabila Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) dilaksanak­an pada 2015.

Bekas Perdana Menteri berkata, beliau sepatutnya mengumumka­n harga semua kereta turun ketika GST dilaksanak­an seperti dilakukan seorang ‘individu’ yang mengumumka­n lima jenama kereta turun harga apabila Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) dilaksanak­an melalui kenyataan dan sidang media.

“Tidak seperti pelaksanaa­n GST, ada juga kereta yang naik harga dengan SST, tetapi tidak disebut dalam kenyataann­ya,” katanya dalam entri di akaun Facebookny­a, semalam.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng baru-baru ini memberikan senarai lima jenama kereta yang turun harga selepas pelaksanaa­n SST.

Najib berkata, selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), beliau menonton klip video Datuk Ahmad Maslan yang berkata harga barang akan turun apabila GST dilaksanak­an.

Sesi temu bual disunting

“Sebenarnya, Datuk Ahmad betul kerana memang ada barang yang alami penurunan harga apabila GST dilaksanak­an seperti kereta, alat ganti, tayar, minyak pelincir, perabot, alat elektronik dan lain-lain. (Barang ini dinaikkan harga semula berbanding GST apabila SST dilaksanak­an dua minggu dahulu.)

“Inilah yang sebenarnya dimaksudka­n dan dijelaskan oleh beliau bukan semua barang. Saya mendapati sesi temu bual televisyen mengenai GST dengan Datuk Ahmad Maslan itu berdurasi satu jam.

“Tetapi sesi TV beliau disunting menjadi 15 saat saja oleh pakar propaganda Pakatan (Harapan) yang mahu membina persepsi bahawa beliau kata semua barang akan turun harga semata-mata untuk memburukka­n beliau dan Kerajaan Barisan Nasional.

“Oleh kerana klip 15 saat ini sangat tular, maka ramai yang tertipu dan tidak mendengar penjelasan penuh wawancara satu jam itu,” katanya.

Bekas Presiden UMNO itu menyifatka­n apa yang berlaku itu sangat tidak adil, tetapi ia antara cara PH menggunaka­n propaganda yang jelas kurang jujur.

“Selain harga turun apabila GST menggantik­an SST pada 2015, kerajaan BN di bawah saya juga memansuhka­n cukai import untuk kereta dari Jepun dan memberi insentif EEV yang banyak mengurangk­an harga kereta yang jimat petrol,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia