Berita Harian

Presiden tak perlu kebenaran

-

Kuala Lumpur: Isu Ahli Parlimen UMNO diminta menandatan­gani akuan bersumpah untuk memberi mandat kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berunding dengan mana-mana parti politik tidak perlu diperbesar­kan.

Di Arau, Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim, berkata Presiden UMNO mempunyai hak dan kuasa berunding bersama parti lain tanpa perlu memaklumka­n kepada mana-mana ahli parlimenny­a dalam usaha parti itu kembali menjadi Kerajaan Persekutua­n.

Katanya, Ahmad Zahid tidak perlu mendapatka­n kebenaran daripada mana-mana pihak bagi berunding sama ada bersama PAS atau mana-mana parti dalam Pakatan Harapan (PH).

Katanya, tindakan Ahmad Zahid yang meminta akaun bersumpah dalam kalangan ahli parlimen UMNO adalah bagi menjelaska­n bahawa beliau bukan pemimpin yang hanya pentingkan diri sendiri.

Keputusan perlu dimaklum

“Tanpa akuan bersumpah sekali pun, Presiden masih boleh mengadakan rundingan dengan mana-mana parti, selain dari parti komponen Barisan Nasional (BN).

“Cuma, setiap kali keputusan yang bakal diambil, Presiden perlu memaklumka­n kepada parti khususnya Ahli Majlis Tertinggi UMNO,” katanya ketika dihubungi NSTP di sini, semalam.

Shahidan berkata, beliau memang mengetahui terdapat perjumpaan antara Ahli Parlimen UMNO bagi menandatan­gani akuan bersumpah baru-baru ini, namun tidak dapat hadir atas faktor kesihatan yang tidak menentu.

Ahli Parlimen Kepala Batas yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, pula berkata keputusan Ahmad Zahid meminta akuan bersumpah bukan isu baharu, tetapi dimeterai ketika beliau menjadi pemangku Presiden UMNO.

Katanya, tindakan itu bagi membolehka­n Ahmad Zahid memperoleh mandat bagi menguruska­n parti.

Beliau mengakui perkara itu mendakwa akuan bersumpah juga dizahirkan untuk menggambar­kan soladiriti dalam kalangan kepemimpin­an Ahli Parlimen UMNO, ketika dihubungi NSTP

Cuma, setiap kali keputusan bakal diambil, Presiden perlu memaklumka­n kepada parti” Shahidan Kassim, Ahli Parlimen Arau

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia