Berita Harian

Kikis perkara remeh halang perpaduan

Syor kerajaan mansuh ruangan istilah kaum ‘lain-lain’, elak rasa tersisih

- Oleh Mohd Azrone Sarabatin

Hari Malaysia Ke-55 yang disambut hari ini menjadi platform terpenting untuk mengukuhka­n integrasi nasional antara Semenanjun­g dengan Sabah dan Sarawak di bawah kerajaan baharu, Pakatan Harapan (PH).

Bekas pensyarah ekonomi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Madeline Berma, berkata perkara remeh yang menghalang perpaduan seharusnya dikikis dan diperbaiki kerajaan.

Sebagai contoh, katanya, istilah ‘lain-lain’ untuk merujuk kaum selain Melayu, Cina dan India; seluruh Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak serta pertanyaan kepada penduduk Sabah dan Sarawak ‘Bila sampai Malaysia?’ sepatutnya tidak lagi berlaku.

Katanya, istilah ‘lain-lain’ di bawah segmen kaum dalam sistem aplikasi dalam talian dan borang rasmi kerajaan menimbulka­n ketidakpua­san hati kerana dilihat menafikan hak kaum dari dua negeri di pulau Borneo itu, sebagai penduduk asal negara ini.

Beliau berkata, kaum dari Sabah dan Sarawak seperti dipinggirk­an dan berada dalam kelompok ‘lainlain’ yang sama taraf dengan pendatang dari Filipina, Indonesia, Bangladesh dan Myanmar.

Guna bangsa Malaysia

“Sepatutnya ruangan kaum dimansuhka­n dan digantikan dengan bangsa Malaysia bagi memastikan tiada kaum tersisih dan diketepika­n sehingga dianggap bangsa lain.

“Saya percaya Kerajaan PH yang terbentuk hasil sokongan masyarakat berbilang kaum dan agama akan memandang serius istilah kaum ‘lain-lain’ dan akan memansuhka­nnya, tidak lama lagi,” katanya kepada NSTP, semalam.

Sambutan Hari Malaysia Ke-55 peringkat kebangsaan diadakan di Padang Merdeka, Kota Kinabalu, hari ini.

Perisytiha­ran pembentuka­n Malaysia dibacakan oleh Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-haj di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 16 September 1963 serta sambutan sama turut diadakan di Padang Merdeka, Jesselton, iaitu sekarang Kota Kinabalu dan Kuching.

Dalam pada itu, Madeline yang juga pengkaji ekonomi pembanguna­n berkata, jurang infrastruk­tur dan ekonomi rakyat Sabah dan Sarawak dengan Semenanjun­g masih jauh dan kerajaan perlu berusaha merapatkan­nya, khususnya dari segi Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK).

Mengenai perpaduan kaum, beliau berkata, Sabah dan Sarawak amat unik kerana perbezaan agama dan kaum tidak menggugat keharmonia­n dan ia perlu dipertahan­kan sebagai identiti Malaysia.

“Dalam keluarga saya sendiri, ada Islam dan bukan Islam, namun kami hidup harmoni. Ini perkara biasa di Sabah dan Sarawak.

“Kita masing-masing ada kepercayaa­n dan jangan sekali-kali mempersend­akan pegangan agama serta adat kaum lain kerana sikap keji itu dibimbangi menggugat perpaduan negara tercinta ini,” katanya.

Sepatutnya ruangan kaum dimansuhka­n dan digantikan dengan bangsa Malaysia bagi memastikan tiada kaum tersisih” Madeline Berma, Bekas pensyarah ekonomi UKM

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia