Berita Harian

Pesona, aura segi tiga emas

Bukit Bintang membangun pesat jadi tumpuan pelancong khususnya dari Asia Barat

-

Brozdan@bh.com.my

ukit Bintang antara lokasi yang berbeza jika dibandingk­an pada lewat tahun 1990an, apabila suasananya sudah berubah dengan pesat sejajar dengan arus pembanguna­n dan kemodenan negara.

Destinasi yang dihubungka­n melalui tiga jalan utama iaitu, Jalan Bukit Bintang bermula dari Jalan Pudu dan persimpang­an

Jalan Sultan Ismail itu dikatakan antara laluan tersibuk di negara ini.

Kawasan segi tiga emas itu menjadi tumpuan pelancong dengan adanya pelbagai kemudahan dan keperluan hidup dari yang mahal hingga paling murah dan asli mahupun tiruan.

Laluan itu juga dilengkapi kemudahan kafe, restoran, kelab malam, kedai serbaneka, pusat beli-belah dan stesen pengangkut­an awam.

‘Eye of Arabia’

Apabila melintasi kawasan itu hari ini, Bukit Bintang kini umpama kita berada di negara Asia Barat, ini berikutan setiap tahun antara Julai hingga September bilangan pelancong dari negara berkenaan berkunjung ke situ.

Sebagai menyokong industri pelanconga­n negara, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mewartakan kawasan itu dengan membina Ain Arabi yang bermaksud ‘Eye of Arabia’ atau Arab Street Kuala Lumpur.

Kawasan dibina pada

2005 di atas tapak seluas 0.2 hektar itu di persimpang­an Jalan Berangan dan

Jalan Beremi, bertujuan dijadikan Taman Arab.

Dihiasi teko gangsa gergasi yang mengeluark­an air dari muncung panjang ke dalam air pancut sebagai simbolik yang mencermink­an tema di padang pasir.

Sajian enak masakan Arab

Projek bernilai RM10 juta itu membabitka­n pereka dari Syria dan Uzbekistan, turut dilengkapi pintu gerbang di tempat masuk taman itu, bangku, gazebo, lampu hiasan, pasu bunga dan pokok palm.

Menariknya, kawasan ini mewah dengan restoran yang menyajikan sajian menu Asia Barat khususnya Arab Saudi, Yaman, Iran dan Turki.

Makanan seperti Nasi Mandy Kambing, Shawarma (kebab), Hummus, Falafel dan Teh Arab kini bukan sahaja dicari pelancong dari negara berkenaan, malah penduduk tempatan tidak ketinggala­n menikmati keenakan sajian berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia