Berita Harian

Bencana di pantai timur dijangka tambah teruk

-

Wilmington: Taufan Florence membadai Carolina Utara dan bergerak perlahan ke darat, semalam mengakibat­kan banyak pokok tumbang, hujan lebat, sungai melimpah serta mengorbank­an lima orang, sebelum diturunkan kepada ribut tropika,

Namun, pakar kaji cuaca menyebut ia dilaporkan masih mampu mencetus bencana teruk.

Walaupun angin kencang dibawa Florence kian perlahan daripada kekuatan taufan ketika tiba di darat, pihak berkuasa berkata, saiz besar ribut seluas 563.27 kilometer itu dan pergerakan perlahanny­a melalui utara dan selatan Carolina mungkin mengakibat­kan kebanyakan wilayah terbabit bakal ditenggela­mi air.

Mangsa maut termasuk seorang ibu dan bayinya yang terbunuh dihempap pokok, ketika balik ke rumah di Wilmington di Carolina Utara. Bapa keluarga itu hanya cedera dan dibawa ke hospital.

Di daerah Pender, negeri itu, seorang wanita maut akibat serangan jantung ketika pasukan perubatan cuba menyelamat­kan beliau tetapi dihadang runtuhan.

Dua orang maut di daerah Lenoir. Seorang lelaki 78 tahun terkena renjatan elektrik, ketika cuba menyambung­kan wayar elektrik sementara seorang lagi lelaki ditiup angin kuat ketika mencari anjing buruannya, kata jurucakap daerah.

Tekanan ribut

Di New Bern, Carolina, lonjakan angin garagara tekanan ribut menenggela­mi kawasan dengan 30,000 penduduk yang terletak di pertemuan Sungai Neuse dan Trent. Jay Manning dan isterinya berkata, mereka melihat dengan penuh berwaspada ketika jalan mula dinaiki air.

“Kami memindahka­n semua perabot ke atas, jika air naik. Namun air hanya naik sehingga ke paras jalan. Isteri saya amat panik, ketika ini,” kata Manning sambil menambah jika hujan berterusan air mungkin terus naik.

Florence dikategori­kan sebagai taufan tahap 3 daripada lima skala Saffirsimp­son dengan kela juan angin 193 kilometer sejam, setakat kelmarin. Namun, ia sudah susut kepada taufan kategori satu sebelum sampai ke pesisir berhampira­n Pantai Wrightsvil­le dekat Wilmington.

Pusat Taufan Nasional menurunkan tarafnya kepada ribut tropika, tengah hari, kelmarin, namun memberi amaran ia bakal membawa 76 sehingga 101 sentimeter hujan di pesisir tenggara utara Carolina dan di pesisir timur laut Carolina Selatan di beberapa kawasan.

“Hujan ini akan mencetus banjir kilat pemusnah,” kata pusat taufan terbabit.

 ??  ?? Seorang petugas penyelamat membantu lori yang hampir dihempap pokok susulan ribut kuat di New Bern, Carolina Utara, kelmarin.
Seorang petugas penyelamat membantu lori yang hampir dihempap pokok susulan ribut kuat di New Bern, Carolina Utara, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia