Berita Harian

Malaria: Lombok isytihar darurat

-

Jakarta: Selepas dilanda gempa bumi kuat pada Julai dan Ogos lalu, pulau Lombok kini berdepan dengan masalah malaria sehingga memaksa pihak berkuasa mengisytih­arkan darurat kesihatan, semalam.

“Kejadian malaria yang berlaku ketika ini, amat luar biasa,” kata ketua Agensi Kesihatan Lombok Barat, Rahman Sahnan Putra yang dihubungi Reuters menerusi telefon.

Beliau yang mengesahka­n pengisytih­aran darurat itu berkata, kerajaan tempatan memerlukan peruntukan 3.4 bilion rupiah (RM949,953) dari kerajaan pusat dan wilayah untuk membeli kelambu, kit ujian serta program tindakan kecemasan.

Khemah di kawasan lapang

Rahman berkata, wanita dan kanakkanak adalah antara 128 individu yang disahkan dijangkiti malaria.

Menurut pasukan bantuan, gempa bumi yang mengorbank­an lebih 500 nyawa, mengakibat­kan ribuan penduduk hilang tempat tinggal.

Mereka kini berkhemah di kawasan lapang, kerana enggan tinggal di pusat perlindung­an akibat khuatir dengan gempa susulan.

“Ujian darah sudah dijalankan secara besarbesar­an dan semua anggota masyarakat sudah diperiksa,” kata ketua Agensi Kesihatan Nusatengga­ra Barat, Marjito.

Beliau berkata, selain dirawat mengikut prosedur yang ditetapkan, mereka yang disahkan dijangkiti penyakit itu akan diberi kaunseling, dan kawasan persekitar­an mereka akan disembur dengan bahan disinfekta­n.

 ??  ?? Khemah penempatan sementara mangsa gempa bumi di Lombok.
Khemah penempatan sementara mangsa gempa bumi di Lombok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia