Berita Harian

Australia tawar habuan RM297,000 isu strawberi

-

Melbourne: Pihak berkuasa Queensland, Australia, semalam menawarkan habuan AU$100,000 (RM297,079) kepada pemberi maklumat bertujuan dapat menangkap dalang yang mensabotaj buah strawberi dengan jarum menjahit.

Channel New Asia yang memetik pihak polis melaporkan, enam jenama strawberi di Australia dipercayai dicemari dengan jarum menjahit dan pin sehingga memaksa pihak berkuasa mengeluark­an amaran kepada pengguna supaya memotong buah itu, sebelum memakannya.

“Ada pihak yang mahu cuba mensabotaj industri ini tanpa menyedari tindakan mereka itu sebenarnya meletakkan kanakkanak dan bayi, serta nyawa ahli keluarga mereka dalam bahaya,” kata Perdana Menteri Queensland, Annastacia Palaszczuk pada sidang media bagi mengumumka­n ganjaran berkenaan.

Enamjenama

Perdana Menteri Queensland dilantik oleh Gabenor Queensland, memandangk­an ia ditadbir mengikut sistem Westminste­r, iaitu kera jaan berparlime­n yang berasaskan model Britain.

Sementara itu, menurut pihak polis, enam jenama strawberi yang terjejas dengan insiden itu ialah Berry Obsession, Berry Licious, Donnybrook Berries, Love Berry, Delightful Strawberri­es dan Oasis.

Kesemua jenama berkenaan dipercayai diperoleh dari pembekal yang berpangkal­an di Queensland.

Queensland adalah pengeluar terbesar strawberi di Australia dengan nilai tahunan sebanyak AS$130 juta (RM386.2 juta) setahun.

Ada pihak yang cuba mensabotaj industri ini tanpa menyedari bahawa tindakan itu sebenarnya meletakkan kanak-kanak dan bayi, serta nyawa ahli keluarga mereka dalam bahaya” Annastacia Palaszczuk,

Perdana Menteri Queensland

 ??  ??
 ??  ?? Strawberi Australia yang dicemari dengan jarum menjahit dan pin.
Strawberi Australia yang dicemari dengan jarum menjahit dan pin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia