Berita Harian

400,000 mati awal setiap tahun di benua Eropah

-

Brussels: Kebanyakan negara di Kesatuan Eropah (EU) gagal memenuhi piawaian kualiti udara di blok berkenaan dan lebih 1,000 penduduk Eropah mati awal, iaitu 10 kali ganda berbanding kemalangan jalan raya.

Mahkamah Juruaudit Eropah (ECA) - sebuah badan EU yang meneliti bagaimana negara blok itu membelanja­kan pendapatan, menyebut jumlah pencemaran ke atas kesihatan di Bulgaria dan negara-negara lain di timur Eropah antara paling buruk berbanding negara gergasi Asia, China dan India.

Katanya kegagalan 28 negara blok itu lebih meruncing kerana beberapa panduan EU dianggap lemah berbanding apa diutarakan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Pencemaran udara adalah risiko persekitar­an terbesar kepada kesihatan di Kesatuan Eropah,” kata Janusz Wojciechow­ski anggota ECA berpangkal­an di Luxembourg yang bertanggun­gjawab terhadap laporan itu.

“Dalam beberapa dekad ini, dasar EU dengan menyumbang­kan kepada penguranga­n pelepasan asap, seba- liknya kualiti udara tidak bertambah baik pada kadar sama dan masih terdapat kesan yang cukup besar kepada kesihatan awam,” katanya.

Laporan berkenaan menyalahka­n sebahagian besar 400,000 kematian awal setiap tahun di negara blok itu berpunca daripada ketinggian paras zarah, nitrogen oksida dan ozon nipis.

Kesihatan merosot

Laporan itu membentang­kan Bulgaria, Republik Czech, Latvia dan Hungary menderita kehilangan kehidupan yang sihat akibat pencemaran sekeliling berbanding China dan India, yang menarik perhatian dunia.

Carta menunjukka­n, kemerosota­n kesihatan di Romania kurang Anggota ECA sedikit berbanding China yang lebih buruk daripada India. Sementara itu, Lithuania dan Poland tidak jauh di belakang.

Kajian itu memetik angka WHO bagi 2012 di mana Bulgaria hampir dua tahun setengah kehilangan kehidupan sihat setiap 100 pendudukny­a manakala Hungary kira-kira setahun, lapan bulan berbanding setahun tujuh bulan di China dan setahun enam bulan di India.

Akhir sekali, kumpulan kempen Pengangkut­an dan Alam Sekitar memberi amaran: “Laporan baharu itu adalah satu lagi gesaan kepada EU agar menangani krisis pencemaran udara yang kita hadapi setiap hari,”

Menurut ECA, anggota negara berkenaan terus melanggar had kualiti udara secara kerap walaupun tindakan mahkamah daripada Suruhanjay­a Eropah.

Pada Mei lalu, badan berkenaan mengheret Jerman, Britain, Perancis, Itali, Hungary dan Romania ke mahkamah tertinggi blok berkenaan atas kegagalan mematuhi mutu kualiti udara EU.

 ??  ?? Panduan kualiti udara EU dianggap lemah berbanding WHO.
Panduan kualiti udara EU dianggap lemah berbanding WHO.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia