Berita Harian

Pelbagai aktiviti lasak

-

Selain penginapan tarikan utama ke Kampung Jkin turut disediakan aktiviti lasak iaitu ATV di kawasan antara 1.2 kilometer sehingga 2.5 kilometer bergantung kepada pakej iaitu ‘fun ride’, ‘extreme ride’ dan ‘full trek extreme’.

Katanya, menariknya aktiviti yang disediakan dengan harga berpatutan itu, menggunaka­n laluan khas termasuk berbukit, berair, berlopak dan laluan sempit sebagai cabaran.

“Selain ATV terdapat juga aktiviti lain kepada pengunjung di kolam buatan semula jadi iaitu ‘monkey zip-line’, bermain gelongsor dan buaian.

“Semua aktiviti yang disediakan mementingk­an nilai kekeluarga­an termasuk ATV yang sesuai untuk kanak-kanak dan untuk keselamata­n kita turut sediakan jaket keselamata­n dan topi keledar,” katanya.

Aktiviti mengocha dan bercomporo

Jefri berkata, aktiviti lain yang turut terdapat di Kampung Jkin sebagai tarikan adalah menyusur jeram, memanjat bukit, mengocha dan bercomporo.

Mereka yang tidak pernah merasai aktiviti mengocha iaitu aktiviti menangkap ikan mengikut tradisi orang lama iaitu menggunaka­n tangan, berpeluang berbuat demikian di sini.

“Aktiviti bercomporo pula adalah aktiviti bermandi-manda di kolam buatan yang datangnya dari air bukit. Ini adalah aktiviti santai yang amat sesuai untuk seisi keluarga,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Berkhemah di hutan janjikan pengalaman indah.
Berkhemah di hutan janjikan pengalaman indah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia