Berita Harian

Penginapan unik di Kampung Jkin

Teroka keindahan alam kaki bukit dengan pelbagai aktiviti lasak

- Oleh Tuty Haryanti Ahmad Rodzi

Jtuty@nstp.com.my

alan Lama Bukit Putus yang sebelum ini menjadi laluan utama Seremban ke Kuala Pilah, kini semakin jarang dilalui kenderaan selepas pembukaan laluan baharu sejauh 6.9 kilometer pada 2015.

Bagaimanap­un bagi menarik orang ramai melalui semula laluan berselekoh itu, Kampung Jkin Resort mewujudkan perkhidmat­an eko pelanconga­n di kaki bukit itu.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Jefri Ramli, berkata selain pelbagai jenis penginapan yang disediakan, turut terdapat di kawasan lebih empat hektar itu adalah Kampung Jkin Extreme Park yang menyediaka­n pelbagai aktiviti termasuk All-terrain Vehicle (ATV).

Katanya, terdapat empat jenis penginapan yang disediakan dengan harga berpatutan termasuk sarapan, iaitu rumah pokok, rumah hobbit, asrama dan chalet.

“Uniknya tiga unit rumah pokok yang terdapat di sini, dibina menggunaka­n pokok sebenar sebagai tiang dan pengunjung yang menginap pasti akan merasa terbuai apabila ditiup angin.

“Rumah pokok yang dibina dengan konsep rumah kampung ini, lengkap dengan katil dan mampu dihuni sehingga lapan orang dalam satu masa,” katanya.

Nikmati keindahan alam

Jefri berkata, turut terdapat berhampira­n rumah pokok itu adalah gazebo untuk pengunjung berehat sambil menikmati keindahan alam dan mendengar bunyi kicauan unggas.

Rumah hobbit pula katanya, adalah sebuah rumah yang bersaiz kecil tetapi boleh didiami sehingga enam orang yang lengkap dengan katil, televisyen, kipas dan tandas.

Katanya, uniknya rumah itu adalah pada bahagian dinding yang dibina menggunaka­n kayu yang dipotong kecil dan disusun cantik.

“Bagi pengunjung yang datang secara berkumpula­n sehingga 15 orang, mereka boleh menginap di asrama. Tetapi buat masa sekarang asrama hanya untuk perempuan sahaja dan untuk lelaki masih dalam pembinaan,” katanya.

Mereka yang mahukan lebih keselesaan pula katanya, boleh menginap di tiga unit chalet yang lengkap dengan katil dan tandas serta ruangan santai.

“Atas permintaan dan untuk keselesaan pengunjung, pada masa akan datang kita akan menambah lagi beberapa chalet yang lengkap dengan penghawa dingin.

“Kemudahan lain yang turut terdapat di sini adalah surau, hammock di beberapa kawasan, tandas, kawasan berkhemah, tempat barbeku serta mini zoo,” katanya.

 ??  ?? CEO Jkin Resort
CEO Jkin Resort

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia