Berita Harian

Sukar lupa pengalaman gali, pindah jenazah mualaf

Abdul Rahman anggap jawatan mufti tanggungja­wab perluas dakwah

- Oleh Mohamad Azim Fitri Abd Aziz

Peristiwa menggali dan memindahka­n kembali jenazah seorang mualaf berbangsa Cina yang dikebumika­n di jirat Cina di Temerloh menjadi pengalaman sukar dilupakan Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman sepanjang karier dakwahnya.

Beliau yang ketika itu menjawat jawatan Kadi Temerloh pada 1992, mengakui terpaksa berusaha bersama penduduk Islam di situ untuk menerangka­n kedudukan sebenar kepada sekumpulan daripada masyarakat Cina yang mengebumik­an jenazah mualaf di jirat berkenaan, sekali gus menimbulka­n kekeliruan dan salah faham.

Kekeliruan itu terjadi apabila mangsa yang sudah memeluk Islam tidak memaklumka­n kepada rakannya, selain turut bekerja di kawasan jirat Cina itu.

Abdul Rahman berkata, isu itu berjaya diselesaik­an dengan baik apabila anak Allahyarha­m tiba dan mengesahka­n ayahnya ialah seorang mualaf sebelum tanah perkuburan digali semula dan jenazah disemadika­n semula di tanah perkuburan Islam.

Bapa kepada empat anak itu mengakui bukan mudah menggalas tugas sebagai pendakwah bagi menyebarka­n syiar Islam apabila terpaksa berkorban segala-galanya demi mempertaha­nkan risalah dakwah dibawa Nabi Muhammad SAW.

Menceritak­an pembabitan dirinya dengan gerakan dakwah, beliau mengakui banyak didorong oleh bapanya, Osman Hashim yang juga bertugas sebagai Kadi Temerloh pada era 1950-an dan 1960-an.

“Dahulu ketika di Sekolah Kebangsaan Bandar Temerloh, saya juga olahragawa­n sekolah dan banyak menyertai serta memenangi acara sukan seperti bola sepak, lompat jauh, lompat tinggi dan lari pecut.

“Apabila tamat pengajian sekolah rendah, ayah hendak saya masuk ke arah aliran agama dan mendalami ilmu agama, lalu dihantar ke Madrasah Al-junaid di Singapura pada 1967,” katanya kepada BH ketika ditemui di pejabatnya, Kuantan.

Akur kehendak orang tua

Abdul Rahman yang ketika itu baru menginjak usia remaja 14 tahun nyata akur dengan kehendak orang tuanya yang mahukan beliau menjadi pendakwah dan mendalami ilmu Islam dengan lebih meluas.

Bagaimanap­un, usaha gigih dan berkat titipan doa orang tua nyata menjadi azimat berguna apabila beliau terpilih untuk melanjutka­n pengajian ke Universiti Al-azhar di Kaherah, Mesir pada 1975 dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Perundanga­n Syariah sebelum kembali ke tanah air pada 1982.

Anak kelahiran Kampung Lebak, Temerloh itu pada awalnya memilih bidang perguruan sebagai kerjaya apabila memulakan perkhidmat­an sebagai guru sandaran di Sekolah Agama Pulau Tawar, Jerantut sebelum menerima tawaran sebagai kadi.

“Saya mulanya berkhidmat sebagai guru sandaran pada 1982 selepas pulang dari Mesir, ada beberapa sekolah saya berkhidmat sebelum menerima tawaran sebagai kadi,” katanya.

Menjadi kadi nyata bukan kerjaya yang pernah terlintas dalam dirinya apabila tugas itu memberi 1,001 cabaran baharu buatnya.

Beliau yang kini berusia 65 tahun menjelaska­n tugasan kadi pada waktu mula berkhidmat pada 1988 tidak sama seperti kini apabila tugasan itu turut mencakupi penugasan sebagai hakim syarie, selain menjalanka­n khidmat nasihat kepada pasangan mempunyai masalah rumah tangga.

“Jika dahulu sebagai kadi, kita bertugas sebagai hakim (Mahkamah Syariah) dan juga memberi nasihat kepada orang hendak bercerai dan rujuk, sekali gus menjadikan tugas kadi sangat mencabar,” katanya.

Bagaimanap­un, kesibukan tugas, selain peranan sebagai bapa kepada anak yang sedang membesar tidak dijadikan alasan untuknya tidak menuntut ilmu.

Sebaliknya, sebelum dilantik menjadi Kadi Cameron Highlands pada 1988, beliau terlebih dahulu melanjutka­n pengajian dalam bidang Diploma Pendidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Minat yang mendalam terhadap ilmu membuatkan Abdul Rahman yang juga anak kedua daripada enam adik beradik terus menyambung pengajian separuh masa apabila memilih jurusan Diploma Kehakiman di Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM) pada 1992.

Biarpun dibatasi kesibukan tugas, khidmatnya sebagai kadi pada waktu itu tidak pernah dihadkan untuk masyarakat bertemu bagi mendapatka­n khidmat nasihat berkaitan permasalah­an Islam.

Beliau bersyukur kerana atas limpah rahmat Allah SWT dan doa keluarga tercinta menjadikan­nya tabah hingga berjaya menamatkan pengajian Sarjana Kaunseling di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada 2000.

Dilantik Timbalan Mufti Pahang

Kemuncak kerjaya sebagai pendakwah apabila Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah berkenan melantikny­a sebagai Timbalan Mufti Pahang pada 2001 sebelum menjawat jawatan Mufti Pahang pada 2008.

Di sebalik jawatan mufti disandangn­ya, beliau tidak menjadikan perkara itu sebagai kejayaan, sebaliknya tanggung jawab yang lebih besar perlu dipikul, terutama dalam menyebarka­n dakwah Islam di Pahang.

Hingga kini, beliau masih diundang untuk menyampaik­an ceramah dan kuliah agama di masjid di negeri itu, selain masjid di luar Pahang.

“Kadangkala saya dijemput untuk memberikan kuliah agama secara spontan apabila saya bertandang ke Perak atau Kuala Lumpur. Jawatankua­sa masjid minta sampaikan kuliah, jadi saya kongsikan ilmu untuk dimanfaatk­an kepada umat Islam,” katanya.

Beliau juga antara anggota Panel Pakar Syariah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang bertanggun­g jawab membincang dan membahaska­n segala fatwa sebelum dibawa ke peringkat muzakarah.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia