Berita Harian

Peguam Jho Low hantar surat ugut kedai buku

Dakwa pendedahan dalam Billion Dollar Whale adalah fitnah dan tak benar

-

Peguam kepada ahli perniagaan Malaysia, Low Taek Jho atau Jho Low, menghantar surat ugutan kepada kedai buku di seluruh dunia dalam cubaan untuk menyekat pengedaran sebuah buku baharu mengenai pembabitan­nya dalam satu skandal kewangan rentas sempadan.

Buku berjudul oleh wartawan

Bradley Hope dan Tom Wright itu menceritak­an bagaimana Jho Low dituduh oleh Kerajaan Amerika Syarikat (AS), menjadi dalang di sebalik kehilangan berbilion dolar dana pelaburan kerajaan Malaysia, 1Malaysia Developmen­t Berhad (IMDB) yang disimpan di akaun bank di Switzerlan­d, Singapura dan Kepulauan Virgin.

Pejuang hak kebebasan bersuara berkata, keputusan untuk mengancam pengedar buku dan bukan penerbit atau penulis boleh dilihat sebagai percubaan untuk ‘memintas proses undang-undang’.

Jho Low masih tak dapat dikesan

Jho Low yang masih tidak dapat dikesan hingga kini turut berdepan tuduhan melakukan pengubahan wang haram di Malaysia dan tersenarai dalam notis merah INTERPOL.

Beliau bertegas tidak pernah melanggar sebarang undang-undang, tidak bersalah atas sebarang tuduhan penipuan dan tidak disiasat.

Menurut peguamnya, semua dakwaan di dalam buku berkenaan adalah fitnah dan tidak benar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia